“Kalau Datuk Tak ‘Kepoh’, Kita Tak Tahu Nasib Dayah..” Pernah Dulu Dibenci Kerana Sibuk Hal Keluarga Orang Lain, Aliff Syukri Kini Dipuji Netizen

Hangat sungguh awal minggu ini apabila media hiburan tempatan telah melaporkan mengenai kemenangan kes saman fitnah yang berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah setelah adik arwah iaitu pelawak Ali Puteh telah diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepadanya.

Tidak ketinggalan meraikan perkhabaran gembira itu, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang turut berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.

Tulis Aliff, dia berasa syukur kerana kes yang telah berlangsung selama bertahun-tahun itu telah selesai dan keputusan telah berpihak kepada mereka.

Datuk Aliff Syukri yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang agak ‘kepoh’ pernah dicemuh netizen kerana didakawa telah mengeruhkan keadaan selepas menemubual Hidayah yang dianggap telah mengaibkan Ali sekeluarga pada ketika itu.

Namun kini, netizen seolah-olah berpatah arang apabila ramai yang mengucapkan terima kasih di atas pendedahan secara ‘tidak sengajanya’ itu.

“Ini semua bermula dari Datuk tau. Orang nampak macam menyibuk, tapi Datuk adalah orang yang Allah hantar untuk bongkar semua yang berlaku secara senyap terhadap mereka yang teraniaya.” tulis seorang netizen.

“Kalau Datuk tak temu bual, tak tahu nasib Dayah. Kemaruk sangat keluarga Ali Puteh, tu harta peninggalan arwah.” komen pengguna media sosial yang lain pula.

VIDEO

‘Saya Tak Gila Harta’ – Hidayah Abam Syukur Nama Dah Bersih, Kongsi Hashtag

Kemenangan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali di mahkamah telah menjawab segala kemelut dua tahun bersama bekas adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Nama saya dah bersih

Terbaru, Nor Hidayah sangat bersyukur persengketaan perit bertemu jalan penyelesaian selepas mahkamah memutuskan Ali untuk membayar ganti rugi RM60,000.

Nor Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan kerana menunjukkan kebenaran.

Alhamdulillah semua dah terjawab. Terima kasih Tuan Hakim bersihkan nama saya. Saya tak gila harta dan tak fitnah sesiapa.

Dalam pada itu, Nor Hidayah menekankan yang Allah akan membantu manusia teraniaya kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan.

Selain itu, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey turut menyelit hashtag iaitu #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding hari Jumaat, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.

Dalam prosiding itu, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Ali Puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan Nor Hidayah, dakwa wujud fakta tak betul

BARU saja menarik nafas lega setelah menang kes saman fitnah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpaksa kembali ke mahkamah sedikit masa lagi.

Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.

Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.

“Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan yang berpihak kepada Nor Hidayah dan memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan

Sementara itu ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada.

“Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti.

“Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk… saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.

WhatsApp Image 2022-02-18 at 1.28.17 PM

Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah ini, Ali Puteh berkata dia sudah menjangkakannya.

“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.

“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.

 

Sumber: Mstar | BN

Kredit: RJsohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*