
PETALING JAYA – Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai, penyanyi popular Ernie Zakri selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi tadi.
Manisnya, bayi sulung Ernie dan suami yang juga penyanyi, Syamel itu dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.02.2022.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, menerusi satu hantaran bersyukur dengan kehadiran seorang cahaya mata yang bakal menyerikan lagi keluarga kecil mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya ringkas.
Pelantun Ku Bersuara itu turut memuat naik foto bayinya namun masih belum mendedahkan bahagian wajah.
Sementara itu, Syamel turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan juga anaknya agar sentiasa dalam keadaan baik.
“Syukur Alhamdulillah. Senang daddy ingat tarikh hari jadi.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” katanya.
Berita gembira tersebut sekaligus meraih ribuan ucapan tahniah termasuk golongan selebriti tanah air.
“Assalamualaikum sayang. Tahniah Ernie dan Syamel dan semoga urusan berpantang dipermudahkan,” ucap pelakon, Mira Filzah.
“Tahniah Syamel. Tidak sabar untuk memnemui cucuku,” komen Anuar Zain yang juga merupakan bapa saudara Ernie.
Terdahulu, Kosmo! pada 8 November lalu melaporkan Syamel dan Ernie mengakui anak sulung yang bakal dilahirkan merupakan bayi perempuan.
Syamel dan Ernie diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE
Syukur Dapat Buat Majlis Doa Selamat & Baby Shower, Netizen Teruja Ernie Zakri Bakal Timang Anak Perempuan
Di Instagram, pelantun suara ‘Gundah’ Ernie Zakri meluahkan rasa syukur selepas dapat menyempurnakan majlis doa selamat untuk dirinya yang bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi.
Doa selamat untuk anak solehah
Menurut Ernie, dia tidak menyangka majlis doa selamat tersebut disertakan dengan baby shower. Ujar Ernie lagi, suaminya seorang yang sangat sweet kerana sudi menganjurkan kedua-dua majlis buatnya.
Syukur Alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali Baby Shower untuk kita. Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat la pula BangMel ni. Alhamdulillah, doakan semoga selamat segalanya. Amin.
Ernie dan Syamel turut berkongsi beberapa foto majlis doa selamat dan baby shower mereka untuk tatapan umum. Pasangan ini juga memohon doa orang ramai agar urusan Ernie untuk bersalin nanti selamat, lancar dan dipermudahkan oleh Allah.
Foto majlis kesyukuran & baby shower
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan para peminat. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat baby girl pasangan tersebut. Kami doakan urusan Ernie dipermudahkan ye!
Sumber: Ernie Zakri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply