
“Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya.” Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana. Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang menggnggu rumah tangga anaknya supaya bertaubat.
“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaub4tlah. Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa bes4r. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” katanya. Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka. “Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maru4h diri,” katanya.
Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu. “Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya. Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
“Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak. Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan warganet yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula,” katanya. Sarah juga tidak menafikan bahawa perpisahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.
“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya. Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak. Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” katanya. Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini. Sumber: KL Menjerit
Lama dah sabar akhirnya Puteri Sarah dapat saman individu yang lama dia sabar. Ramai yang tertanya tanya dengan status terkini Puteri Sarah.
Baru-baru ini pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana ada memuat naik di media sosialnya berkenaan tindakannya yang bakal mengambil tindakan undng-undng terhadap seseorang individu.
Namun siapakah lndividu itu tidak dinyatakan melalui postingnya itu. Puteri Sarah, 37, berkata, selepas sekian lama memendam rasa dan bersabar dia akhirnya nekad untuk membawa masalah yang berIaku ke muka pengadilan.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat. “Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mhkamah.
“Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya,” katanya. Menurut Puteri Sarah, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.
“Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku,” katanya.
Sumber : HM online via bartatoday.net
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply