
Pelawak terkenal, Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35 sememangnya dilihat sebagai seorang selebriti yang bekerja keras.
Ada sahaja aktiviti yang dilakukan melihat dari hantarannya di media sosial. Dia juga sememangnya tidak lokek berkongsi tentang kehidupan sehari-harinya di Instagram terutamanya buat para peminat serta peluang untuk mempromosikan perniagaan.
Wakilkan suami minta maaf
Walau bagaimanapun, muat naik terbaru di Instagramny membuatkan ramai berasa khuatir dengan tahap kesihatan pelawak tersebut yang dimaklumkan oleh isteri dalam keadaan kurang sihat.
Demam tinggi dan sakit2 badan
Isterinya, Noor Hasanah Yahya atau Anne mewakilkan suaminya untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada kerja yang tertanggvh memandangkan Achey tidak berapa sihat dan sedang menerima rawatan.
Dalam perkongsian Anne lagi, pelawak berkenaan mengalami demam tinggi dan badan sakit-sakit. Namun, selepas beberapa kali melakukan ujian saringan C0vid-19, keputusan didapati negatif.
Demam beransur baik, masih lagi lemah
Selepas mendapat rawatan dan menerima sunt1kan ubat, Achey dilihat beransur pulih namun masih lem4h. Isterinya meminta untuk terus berehat buat seketika memandangkan dia terlalu penat bekerja dan kurang berehat sejak kebelakangan ini.
Semoga cepat sihat Achey
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar Achey terus diberi kesihatan dan kembali pulih seperti biasa.
Mereka juga meminta agar selebriti itu banyakkan berehat memandangkan dia ‘ranc4k’ menguruskan perniagaan dan aktiviti seni walaupun jarang di kaca televisyen.
Lekas sembuh sahabat
Rehat Chey, kesihatan diutamakan
Sumber: Instagram Achey Kintangkintung, Anne_ Achey
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply