
Sebut je nama kak km pasti ramai yang mengenalinya. Beliau merupakan anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau juga seorang pengasas jamu Sweetdara yang dikenali ramai.
Beliau juga mempunyai 4 orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Razman. Nabila, Faris, Rania dan juga Cinta Carissa. Terbaru beliau telah berkongsi satu video dilaman instagramnya.
Video yang dikongsi menunjukkan beliau sedang menyusukan anak bongsunya Cinta Carissa yang berusia 2 bulan di salah sebuah restoran.
VIDEO
View this post on Instagram
KOMEN WARGANET:
Sumber: Rose Merah
Baru lepas beberapa bulan bersalin Kak KM buat Majlis Aqiqah. Sekali ramai tak puas hati dengan pakaian Kak KM dan ini respon warganet.
Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.
Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita.
Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuat naik status menunjukkan cahaya mata perempuannya yang diberi nama Cinta Carissa.
Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini. Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kritikan dan teguran warganet di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan.
Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah. Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.
Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Baju tak sempat jahit ke?Majlis agama tu. VIDEO: Klik link
Takde yang tegur ke?
Tegur2 juga, korang tengok diri sendiri dulu!
Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi. Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.
“Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi. Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli.
Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan.
Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan.
Sumber: Youtube Sofea Shamsul & KL Menjerit
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply