“Kes Sam4n Kakak Ipar”- Keputusan Mahkamah Antara Hidayah Dan Ali Puteh Bakal Terjawab Esok

Keputusan kes $aman Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ali, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan.

“Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.

“Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah untuk menentukan jalan terbaik,” katanya.

Menurutnya, tindakan yang diambilnya ini dibuat semata-mata untuk Allahyarham abangnya, Abam Bocey dan ibu mereka, Sabariah Arshad.

“Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dianiaya.

“Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas dan geram apabila benda ini tular.

Kec4man yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan,” katanya.

Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahkamah, baharulah dia nampak apa sebenarnya yang terjadi.

“Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang maki hamun di balai polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah. Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf.

“Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan $aman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

$aman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan $aman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.

Sumber: printlyrics.net

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*