Ini reaksi terakhir Iqbal selepas diumum peserta tersingkir ‘Big Stage’ yang boleh buat juri sentap

Persembahan yang mendapat kritikan teruk daripada juri membuatkan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli, 27 menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua konsert.

Tersingkir di minggu kedua

Para juri juga memberikan markah yang cukup rendah berbanding peserta-peserta yang lain dan komen ‘pedas’ daripada Ajai cukup jujur diberikan kepada pemuda berkenaan.

Reaksi terakhir Iqbal selepas diumum peserta tersingkir

Susulan daripada itu, Iqbal telah disingkirkan dihujung program dan terus meluru pergi dari tempat konsert berlangsung dengan alasan kurang sihat.

Hal tersebut dinyatakan sendiri pihak pengurusan Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh kepada Harian Metro setelah usahawan itu tidak ada dalam sesi sidang media yang diadakan.

“Saya dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Iqbal terus keluar sejurus selepas dia diumumkan sebagai peserta tersingkir.

“Katanya, dia tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

“Dia ada atau tidak sama sahaja” -Ajai

Dalam sidang media tersebut, Ajai selaku juri tetap bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan bahawa ketiadaan Iqbal selepas ini di dalam program berkenaan sama sekali tidak menjejaskan tugasnya sebagai seorang juri.

“Dia ada atau tak, sama sahaja. Maksud saya, sudah-sudahlah dengan perkara begini. Benda ini berkaitan maruah dan untuk kebaikan dia sendiri,” katanya.

“Keputusan yang betul telah dibuat” -TokTi

Hal tersebut disokong oleh penyanyi nombor satu negara itu dengan memaklumkan keputusan yang dilakukan (penyingkiran Iqbal) adalah yang terbaik.

“Keputusan sudah dibuat dan ia adalah keputusan yang betul. Bukan sahaja untuk program Big Stage, tetapi juga untuk dirinya sendiri,“jelasnya.

Minggu ini merupakan minggu ke-2 program Big Stage musim keempat. Pastinya persembahan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli paling ditunggu-tunggu selepas memperoleh 5% markah sahaja daripada juri tetap, Ajai.

Dapat 4 markah jer

Membawakan lagu Kamu Ketahuan dendangan Matta, persembahan Iqbal masih lagi ‘hancur’ dan markah yang diberikan oleh Ajai masih dibawah 5.

Jaga maruah diri tu Iqbal

Memberi komen secara jujur, komposer terkenal itu menyatakan yang Iqbal sememangnya tidak boleh menyanyi dan memintanya untuk belajar lagi. Dia turut berharap supaya usahawan itu menjaga maruah dirinya dari terus dijadikan bahan lawak.

VIDEO

DSV pun setuju Iqbal tak boleh menyanyi

Komen tersebut juga disetujui oleh presiden netizen, Dato’ Seri Vida dengan mengatakan yang Iqbal memang tidak boleh menyanyi.

Melihat daripada komen-komen yang diberikan, pemuda berusia 27 tahun itu hanya tersenyum diatas pentas dan menyedari bahawa dia sememangnya belum berbakat dalam bidang nyanyian di atas pentas.

Ciapan-ciapan yang diperoleh dari laman Twitter juga agak pedas dimana ramai yang mahukan Iqbal terkeluar pada malam ini kerana nyanyiannya yang tidak mencapai piawaian seorang penyanyi sebenar.

Sumber: r7

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*