
Orang katadalam dunia ini terdapat tujuh orang yang pelanduk dua serupa dengan kita, Namun, teori itu masih belum dibuktikan lagi betul ataupun tidak. Walaubagaimanapun, yang pasti ada wujud seseorang yang muka tidak tumpah serupa seperti kita.
Dalam bahasa Inggeris , perkara yang jarang berlaku ini dipanggil’ doppleganger’ yang bermaksud rupa yang sama namun bukan drh dagng.
Ramai yang pasti mengenali pelakon jelita tempatan, Amyra Rosli namun ramai yang tidak mengenali bapanya. Amyra jarang berkongsi gambar ibu bapanya tapi jika ada, dia sering nampak manja ketika bersama bapanya itu.
Bapa Amyra Rosli kelihatan seorang yang tinggi lampai dan berwajah manis. Baru-baru ini, Amyra Rosli ada berkongsi sebuah video dimana dia dan keluarganya menjalani kaedah ‘swab test’ untuk memastikan kesihatan seluruh keluarganya terjamin.
Di dalam video tersebut, kelihatan semua ahli keluarga menjalani ‘swab test’ dengan tenang. Amyra juga berkata di dalam kapsyen dia bahawa dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya mendapat keputusan negatif.
Warganet juga memuji tindakan Amyra yang mengambil langkah awal untuk memastikan ahli keluarganya masih dalam keadaan sihat dan tidak terjebak dengan wabak tersebut.
Selain itu, ada juga warganet yang tertarik kepada bapa Amyra dan mengatakan tersalah sangka bapanya dengan pelakon veteren, Eman Manan.
Nampak je mata warganet ni yerr! Namun, memang betul kata mereka, wajah bapa Amyra Rosli memang ada iras-iras Emam Manan. Mengenai perkembangan Amyra rosli yang terkini, dia sedang menjayakan sebuah drama bersiri bertajuk ‘Sabarlah Duhai Hati’ yang sedang ditayangkan di TV3 slot Akasia.
Sumber: IG Amyra rosli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply