Pengawal Keselamatan Ini Menang Kes Tuntutan Gaji OT Selama 3 Tahun Berjumlah RM58,000

TuIar di media sosiaI, seorang pekerja kawalan keseIamatan yang dikenali sebagai Murali Vengu berjaya mendapatkan tuntutan gaji kerja lebih masa (OT) daripada majikannya berjumlah RM58,000.

Menerusi perkongsian Arul di Facebook, dia yang telah bekerja dengan sebuah bengkel kereta kemaIangan dan pusat tuntutan lnsurans, telah menfailkan tuntutan gaji OT, gaji cuti hari rehat dan juga gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya pada bulan Oktober 2021.

Difahamkan, Murali seorang sahaja yang menjaga keseluruhan stor bengkel yang menempatkan kereta-kereta kemal4ngan yang sedang melalui proses bayaran lnsurans.

Majikan bengkel tidak mengambil pekerja keseIamatan tambahan. Maka dia diminta bekerja dari 7 malam sehinggalah pejabat bengkel tersebut buka pada jam 9 pagi pada hari keesokannya.

Walaupun dia sepatutnya hanya bertugas selama 12 jam, iaitu dari 7 malam sehingga 7 pagi, tetapi biasanya beliau diminta tunggu sehingga pekerja ofis masuk kerja pada jam 9 pagi. Maka dia bekerja sehingga 14 jam setiap hari

Tiada peruntukan cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan Murali juga diminta bekerja pada hari kelepasan am.

Murali juga tidak diperuntukan apa jua cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan diminta juga kerja pada hari kelepasan am.

Pada hari dimana Murali terpksa keluar untuk urusan penting, dia terpksa menempatkan isterinya di pondok pengawaI untuk sementara waktu sehingga beliau pulang.

Walaupun bekerja 12 jam hingga 14 jam setiap hari, tetapi dia hanya menerima gaji asas sebanyak RM1,300 dan elaun petr0l sebanyak RM250 setiap bulan. Sehingga dia berhenti kerja pada tahun 2018, dia langsung tidak dibayar gaji kerja lebih masa OT.

Semasa rundingan di Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya baru-baru ini, majikan cuba mengelirukan pegawai dengan mengatakan bahawa pelbagai bayaran telah dibuat kepada Murali.

Tetapi pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa majikan mengabungkan bayaran elaun petr0l dan caruman KWSP untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.

Majikan akhirnya bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian

Tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai k0mponen seperti tuntutan gaji lebih masa (OT) hari kerja biasa, hari rehat, hari kelepasan am, gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am.

Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh.

Selepas rundingan beberapa kali di antara majikan dan pegawai, akhirnya majikan bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah tersebut adalah lebih kurang bersamaan dengan RM1,600 sebulan gaji lebih masa untuk 3 tahun.

Seperti Murali, ada ramai lagi pekerja keselamatan yang ditipu tanpa dibayar gaji lebih masa, walaupun ianya jelas dinyatakan sebagai amaun yang perlu dibayar oleh majikan dalam Akta Kerja. Maka, lebih ramai lagi pekerja keselamatan harus memastikan bahawa hak mereka terbela dan kiraan gaji merangkumi bayaran gaji kerja lebih masa.

Rakyat pekerja hanya dapat mengajar majikan-majikan seperti ini, jika lebih ramai lagi yang menfailkan k3s dan mengheret mereka ke Mahkamah Buruh. Tind4kan ini amat penting, demi memastikan industrI pengawal keselamatan ini menghentikan penindasan dan per4mpasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.

 

Sumber BH via says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*