Pohon doa orang ramai buat pelakon Ako Mustapha dan ini keadaan terkini beliau

Petaling Jaya – Ketampanan wajah aktor, Ako Mustapha menjadi kegilaan ramai, suatu ketika dahulu. Malah, berilah apa sahaja watak sama ada ant.agonis atau prot.agonis, semuanya mampu dibawa dengan baik.

Antara drama yang berbekas di hati tentulah Dalam Hati Ada Cinta, Salina dan Sephia yang menjulang nama Ako sebaris dengan hero drama lain.

Namun, kini, zaman kemasyhuran Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha sudah berlalu. Wajahnya juga sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen.

Bukan terus mengucapkan selamat tinggal terhadap dunia seni, sebaliknya Ako mencuba haluan berbeza daripada apa yang sering dilakukannya.

Pohon Doa Orang Ramai

Pelakon terkenal Ako Mustapha memaklumkan dirinya positif w.abak C.ovid 19. Menerusi akaun Instagram miliknya, Ako bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia tidak mengalami sebarang gejala.

“Assalamulaikum ujian buat saya sekeluarga. Semoga saya kuat melawan w.abak C.ovid19 ini. Setakat ini saya rasa baik-baik saja.

“Mungkin sudah ambil dos v.aksin penggalak. Doakan untuk saya dan keluarga ya. Jaga diri semua, jaga prosedur operasi standard SOP ya semua,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon drama Mimpi Sabrina itu turut memuat naik gambar kit ujian kendiri. Keputusan menunjukkan dia positif, semalam.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan peminat serta rakan artis membanjiri dengan doa supaya Ako dan keluarga dilindungi daripada w.abak berb.ahaya itu.

“Semoga cepat sembuh. Syafakallah kepada Ako dan keluarga,” komen penyanyi Ezlynn Ariffin.

Sebagai informasi, pasangan Ako dan Kartina Shuaib berkahwin pada 2009 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*