
“Sudah biasa nampak anggota polis trafik bertugas di kawasan itu, jadi saya dan rakan ingin belanja air kepadanya yang kelihatan penat menjalankan tugas, apatah lagi cuaca panas terik ketika itu,” kata juruteknik, Nick Fadzrieq Mohammad Abdullah.
Itu reaksi Nick Fadzrieq, 27, ketika ditanya mengenai tindakannya turun dari kereta dan menyeberangi jalan semata-mata untuk memberikan sebungkus air sirap kepada anggota polis trafik yang sedang bertugas, walaupun tidak mengenalinya.
Kisah dimuat naiknya di aplikasi TkT0k itu mendapat perhatian warganet dan meraih lebih satu juta tontonan setakat ini.
Nick Fadzrieq berkata, tindakan dan pemberiannya itu tidaklah seberapa dibandingkan tugas perlu dipikul anggota polis trafik berkenaan.
Katanya, dia bangga dan tabik hormat dengan penjawat awam berkenaan yang menjalankan tugas tanpa mengira cuaca panas mahupun hujan demi memastikan kelancaran pengguna jalan raya.
“Ketika itu, saya dan rakan sedang menunggu kereta siap dibaiki di bengkel berdekatan dan dari jauh nampak anggota itu duduk menyandar di tiang di tengah jalan, mungkin merakam perangkap had laju.
“Sebaik saja selesai baiki kereta kami keluar beli nasi dan air, kebetulan lalu di situ, jadi kami singgah bagi air kepadanya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, dia merakam detik itu dan memuatnaiknya di aplikasi TikTok bertujuan menyebarkan perkongsian positif.
“Letih dan penat ini semua manusia rasa, tidak kiralah anggota polis atau rakyat biasa.
“Lantaran itu, hormat dan tolong-menolong lah sesama kita,” katanya.
VIDEO
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply