
SEORANG wanita kecewa apabila diri serta perniagaannya menjadi ma.ngsa ke.caman hanya disebabkan tindakannya memilih jejaka berasal dari Nigeria sebagai suaminya.
“Sales terus tak ada bila mereka tahu husband founder Wow Slim dari Nigeria, buat live pun cuma seorang dua sahaja yang masuk.
“Husband susah hati sebab tunggakan makin banyak, kesian dia, dia rasa bersalah.
“Ramai yang ke.cam dari bagi sokongan, apa salah dia? Sebab dia dari Nigeria ke?” tulis pengasas Wow Slim, Ros Ramlan,44, di laman sosialnya.
Bercakap kepada mStar, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, mereka menerima pelbagai keca.man serta tud.uhan termasuk digelar sca.mmer.
“Sejak kami mula dikenali di TikTok, kalau suami bagi duit mereka akan cakap itu duit dari sca.m orang, mereka kata kami ni sc.ammer sebab ikut suami saya.
“Padahal perniagaan kami adalah perniagaan yang betul, saya mula berniaga sejak tahun 2018 lagi,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Malah, menurut Ros, suaminya, Faris Hakim, 40, merupakan insan yang banyak membantunya di saat perniagaannya terjejas teruk sebelum ini
“Sebelum ni perniagaan saya kira okay, sebulan sales dalam RM80,000 tapi kini turun mendadak dalam RM20,000 ke RM30,000 sebulan.
“Banyak yang terpaksa potong untuk teruskan perniagaan, kereta terpaksa jual, sekarang guna satu kereta sahaja.
“Kadang-kadang kesian dengan suami sebab masa perniagaan saya jatuh teruk tahun 2019 dia yang banyak bantu naikkan semula periagaan,” katanya.
Faris banyak membantu Ros menaikkan semula perniagaannya yang sebelum ini pernah terjejas.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, mereka kini dihimpit hutang hampir RM50,000 termasuk tunggakan rumah, kereta, bayaran sewa pejabat dan utiliti.
Ros yang sudah berkahwin dengan Faris selama hampir dua tahun berkata, selain media sosial, mereka juga pernah dikec.am individu tidak dikenali yang tidak berpuas hati melihat dia berkahwin dengan orang luar.
“Kadang-kadang saya tengah jalan dekat luar pun orang Melayu kita sempat lagi nak sound sedangkan kami tak kenal pun.
“Mereka cakap kemaruk sangat dengan orang luar, nanti jadi kambing hitam baru nak men.yesal.
“Terkejut jugalah saya dengar,” katanya.
Ros bersama keluarganya.
Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Faris, Ros berkata, dia membuat keputusan untuk menikahi suaminya itu selepas lebih kurang sebulan mengenalinya.
“Saya jenis malas nak fikir bercinta bagai, kami terus nikah je.
“Lagipun anak-anak dah besar,” katanya, sambil menambah suaminya itu seorang yang sangat bertanggungjawab malah sanggup melayani anak-anaknya seperti anaknya sendiri.
Video yang dikongsikan Ros di laman TikToknya sudah meraih lebih 600,000 tontonan setakat ini.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply