
Misi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi di Maghribi mendapat sokongan seluruh dunia di mana rata-rata penduduk dari setiap negara mendoakan agar usaha penyelamatan akan berjaya.
Ketika ini, misi penyelamatan kanak-kanak itu dikenali sebagai Rayan yang memasuki hari ketiga dilaporkan berada di fasa terakhir dan mangsa dijangka dikeluarkan pada bila-bila masa.
Menerusi video terkini yang disiarkan secara langsung di Facebook Arab News, usaha menyelamat kanak-kanak itu ditonton lebih 24,000 pengguna media sosial dengan rata-rata mereka terus menitipkan doa agar Rayan kekal selamat.
“Pray for Rayan dari Thailand, semoga kanak-kanak itu selamat dan dapat pulang ke keluarga,” kata Simah Mee.
“Ya Allah, semoga usaha ini diberkati Allah dan Rayan dapat kembali kepada keluarga,” doa Nik Linda Samsudin.
“Sekarang kita doa juga untuk tanah itu kerana difahamkan tebing itu juga boleh runtuh bila-bila masa,” jelas Abdullah Mahyuddin.
Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menyalurkan saluran oksigen dan air kepada mangsa, Rayan. Mereka juga telah mendapat respons daripada kanak-kanak tersebut.
Menurut laporan, insiden itu bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain.
“Seluruh keluarga keluar untuk mencari Rayan sebelum kami menyedari dia telah jatuh ke dalam perigi. Saya masih menaruh harapan untuk mengeluarkannya hidup-hidup,’’ kata ibu mangsa.
Menurut laporan media tempatan, pasukan perubatan telah bersiap sedia di lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa sebaik sahaja dia diselamatkan.
Pihak berkuasa turut menyediakan helikopter untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Kronologi Kejadian Dan Punca Kenapa Rayan Tak Dapat Di Selamatkan
Dikhabarkan anak kecil ini telah berada lebih 96 jam berada di kedalaman perigi tersebut. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat Maghribi.
1) 1 Feb 2022 :Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.
Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.
2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.
3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.
Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.
4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)
5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).
6) Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.
7) 5 Feb 2022 : Mereka sudah mengorek pintu keluar sedalam 28m namun risiko plan ini seolah dihujung tanduk. Ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.
8) 6 Feb 2022 :Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar m4yat
TERKINI! Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar mayat
RABAT, Maghribi – Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah meninggal dunia, lapor laman berita Al-Arabiya, hari ini.
Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.
Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.
Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.
Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan
Terdahulu pasukan penyelamat berlumba dengan masa bagi mengeluarkan Rayan.
Ada kesan luka di kepala
Rayan diberikan makanan dan dibekalkan oksigen dan minuman menerusi tiub, tetapi tidak dapat dipastikan apakah dia menjamahnya atau pun tidak.
Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah sampai ke lokasi dia terperangkap.
Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.
Kesihatan Rayan merosot, bergantung bekalan oksigen
Terdahulu laporan di lokasi kejadian menyatakan kesihatan Rayan yang berusia lima tahun semakin merosot dan bergantung kepada bekalan oksigen yang dipam ke dalam lubang tersebut.
Rayan terperangkap dalam lubang sedalam 32 meter (m) sejak Selasa lalu berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen.
Ketika ini pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk membawa keluar mangsa, namun penggalian semakin rumit susulan risiko berlaku runtuhan dalam lubang berkenaan.
Sejak Selasa lalu, jentera berat termasuk jentolak digunakan bagi membantu kerja-kerja penggalian tetapi jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal.
Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas sebelum ini memberi jaminan bahawa Rayan akan dikembalikan kepada keluarganya dalam keadaan selamat.
Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa.
Sumber: trendingsangat.pw
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply