[VIDEO] ‘Makgad’ cantik tidak kisah dengan kerjanya. demi cari rezeki halaI buat anak

“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘l0w class’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawaI keseIamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.

Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipelopori lelaki.

Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, di sini turut berkongsi kisahnya di TikT0k yang mendapat perhatian pengguna media sosi4l, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.

Bercerita lanjut, Nurul Nazifah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau berkata, dia tidak pernah maIu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawaI keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.

“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di H0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.

“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di h0spital dan sekolah.

“Di h0spital lebih mencabar malah saya pernah ditaampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.

“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.

“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja ak!bat pandemiik C0vid-19,” katanya.

Dkwanya, ramai yang memandang h!na sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.

Katanya, dia hanya mahu aura positif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.

“Menjadi pengawaI keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.

“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta ment4l.

“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di B!go dan TikT0k bagi menambah pendapatan,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*