Terima kejutan paling bermakna, hadiah dari suami buat ulangtahun kelahiran Heliza Helmi tarik perhatian ramai

Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi bantuan di Gaza.

Terdahulu, Heliza telah menerima hadiah sebuah majlis resepsi tajaan sahabat baik, Mila Jirin daripada Bizmilla Wedding Centre manakala suaminya Datuk Mahadi juga telah menerima hadiah majlis resepsi daripada kawan baiknya yang bertempat di hotel terkemuka Pulau Pinang.

Sempena sambutan ulangtahun kelahiran Heliza yang ke-36, sekali lagi dia telah menerima kejutan daripada suaminya sendiri.

Heliza meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada suluruh ahli keluarga tercinta dan suami kerana bersama-sama menyambut hari ulangtahun yang cukup bermakna itu.

Kejutan paling bermakna dalam hidup

Terima kasih Allah menghadirkan seluruh ahli keluarga tercinta kakja dan abgDee @mahadibz di Langkawi sempena hari yang sungguh bermakna ini Alhamdulillah..

Tidak hanya itu menerusi laman instagram Datuk Mahadi, Heliza juga telah menerima ‘surprise’ di atas sebuah ‘cruise’ yang cukup mewah.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang begitu teruja dan terharu dengan dengan karakter Datuk Mahadi yang begitu romantik.

Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

 

Sumber: TTK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*