Ahli Parlimen Khalid Samad Naik Pelamin Lagi Sekali. Rupanya Ini Isteri Kedua Beliau

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didakwa berkahwin lagi selepas tular gambarnya bersama seorang wanita di laman sosial hari ini.

Menerusi beberapa foto yang di kongsi di laman Facebook, kelihatan Khalid dan pasangannya lengkap mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi foto tersebut dirakam dan bila pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

“Tahniah YB, diam-diam tambah kuota, apapun semoga YB dan pasangan bahagia. Bini tua jangan lupa,”tulis Kami Hisyam.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Pak Oden Kimchi.

“Tak dapat kampung baru dapat bini baru pun ok lah kan?soalnya.

Tahniah lid walau kita berbeza pendapat tapi yang ni sama pendapat. Hahhah.

Selamat pengantin baru YB KhalidSamad . Tabek saya. Ikut prosedur, tidak bersembunyi, tidak berdalih. Semoga berbahagia selamanya insyaallah.

Pada masa sama, netizen menyeru agar Ahli Parlimen itu tidak mengabaikan kebajikan mangsa banjir di kawasannya.

“YB jangan lupa kebajikan orang Shah Alam, ramai lagi yang tengah susah sebab banjir hari tu,”tulis Mahir Ahmad.

“Akhirnya terubat jugak kesedihan orang Shah Alam yang tenggelam banjir bila tengok YB bahagia,”Rosidah Ismail.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Januari lalu membenarkan Khalid berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Dr. Zaiton Abu Bakar.

Keputusan itu dibuat Hakim Abdul Halim Abdullah yang membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk membuat penyelesaian secara baik.

Menerusi keputusan mahkamah itu, Khalid sebagai plaintif bersetuju memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang beserta sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Zaiton.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan.

Sedikit info YB Khalid,

Khalid Samad Nafi Konvoi Menteri Sekat Ambulan - CodeBlue

Khalid bin Abdul Samad (lahir pada 14 Ogos 1957) adalah seorang ahli politik Malaysia dan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan (Malaysia) sejak Julai 2018. Beliau adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah komponen parti pakatan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan Ahli Parlimen untuk Shah Alam, Selangor.

Beliau adalah seorang kolumnis di The Malaysian Insider dan seorang ahli terkemuka dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum ini berpisah untuk menubuhkan parti baru Amanah.

Khalid Samad merupakan adik kepada Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional, YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar dan mereka mempunyai dua anak lelaki , dua anak perempuan dan 6 orang cucu. Bapanya Haji Abdul Samad berasal dari Muar,Johor. Ibunya Hajjah Rashidah.Sebagai pegawai kerajaan, selalu berpindah dari Kelantan, Terengganu, Pahang , Selangor dan Kelantan.

Khalid Samad dibenar poligami, serah banglo, 'penthouse' kepada isteri | Free Malaysia Today (FMT)

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of Leeds, United Kingdom (1979). Ketika di UK, beliau aktif dalam ‘Suara al Islam’. Selepas pulang ke Malaysia,beliau aktif dalam PAS, IRC, JIM dan pelbagai pertubuhan Islam lain.

Sumber: AS Sohor | RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*