
Lebih bahaya dan jangkitan lebih tinggi. Kali ni Saintis dari China dakwa temui varian bahari iaitu NeoCov.
Para saintis di China memberi amaran berkenaan varian terbaru Covid-19 yang dinamakan NeoCov yang dikatakan memiliki kadar jangkitan lebih tinggi selain dikatakan lebih membawa m*ut seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Wion News.
Dakwaan tersebut juga diterbitkan oleh media Russia, Sputnik yang turut mendakwa varian NeoCov yang ditemui di Afrika Selatan dan didakwa mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).
Dikatakan berkaitan dengan virus MERS-CoV, wabak yang dibawa oleh virus ini pernah melanda negara-negara Asia Barat pada 2012 dan 2015. Penyelidik dari China menjangkakan kadar pemergian adalah satu daripada tiga kes jangkitan NeoCov akan m*ut selain ianya merupakan kadar yang lebih tinggi berbanding situasi Covid-19 semasa di seluruh dunia.
Menerusi analisis kajian, NeoCov yang turut ditemui dalam populasi kelawar ini cenderung seperti Sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menyebabkan Covid-19 pada manusia. “Dalam kajian ini, kami secara tidak sengaja mendapati NeoCov dan PDF-2180-CoV boleh menggunakan beberapa jenis enzim penukar Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) daripada kelawar atau manusia untuk merebak’’
Pakar-pakar telah memberi amaran mengenai risiko jangkitan selain menegaskan bahawa penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti tahap imunisasi yang diperlukan untuk menangani virus terbaru tersebut. Tambah mereka lagi, lebih banyak maklumat dan input turut diperlukan untuk mewujudkan laporan konkrit mengenai NeoCov.
Terkini Kj Dedah 12 Jemaah Yang Baru Balik Dari Umrah Positif Covid 19 Varian Omicron Dan Belum Divaksin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa 12 daripada 17 jemaah yang baru pulang dari umrah positif Covid-19 dengan varian Omicron tidak mendapat sebarang suntikan vaksin disaat berdepan kritikan orang ramai atas keputusannya menyekat perjalanan umrah pada 8 Januari.
Tambahnya lagi, ini merupakan tak patuhi SOP yang telah dikeluarkan terlebih dahulu. Menurut Khairy lagi, sekatan perjalanan sementara ini akan berjalan selama sebulan. “Punca terbesar jangkitan kes import samada varian Omicron dan sebagainya adalah dari Arab Saudi.”
Katanya lagi, sekiranya tidak bertindak mengikut data yang diperolehi kita tidak akan mampu mengekang gelombang varian Omicron. Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan menjangkakan sekiranya sekatan umrah ini tidak dijalankan, tidak mustahil kes jangkitan akan mencecah sebanyak 15,000.
Kes Positif Covid Masih Kekal 4 Angka. Terkejut Bila Ada Lagi 2 Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang.
Kes COVID-19 di Malaysia merekodkan jumlah di bawah 3,000 kes untuk dua hari berturut-turut selepas 2,757 kes baharu dilaporkan pada 27 Disember 2021 (Isnin). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, angka terbaharu itu menyaksikan jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,743,936 kes.
Kes pada Ahad turut merekodkan jumlah di bawah angka 3,000 dengan 2,778 kes. Dalam pada itu, Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan, kes berkenaan dikesan semalam selepas jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi. “Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya hari ini.
Sementara itu, Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, sebanyak 49 kes baharu varian Omicron dikesan di negara ini sehingga Jumaat lepas.
Beliau dilaporkan berkata, 30 kes varian Omicron adalah melibatkan warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu, manakala kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu.
Terkini Khairy Jamaluddin Sahkan Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Positif Covid 19 Dari Virian Omicron. Rupanya Ini Punca.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan kes kedua varian Omicron yang melibatkan individu warganegara Malaysia yang menetap di Nigeria. Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini, menyatakan bahawa ia disahkan pada 14 Disember 2021 dan kedua-dua kes ini merupakan jangkitan import dari luar negara.
Katanya, kanak-kanak tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR-COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka telah diberi perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.” Keputusan ujian RT-PCR semasa ketibaan, kanak-kanak itu didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021. Katanya lagi, kanak-kanak itu tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.
Tambahnya, kontak rapat terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa mereka sekeluarga dari KLIA ke tempat kediaman. Hasil ujian ke atas keluarganya sebelum dan selepas ke Malaysia didapati negatif, malah pada hari kelima dan hari ke 11 juga negatif.
Dalam pada itu, KJ juga menjelaskan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes lagi berkemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan esok.
Sumber: bartatoday
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply