Rancang perjalanan anda, ini keadaan terkini kesesakan lebuhraya menghala ke pantai timur

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan, sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 6 Februari depan.

Sehubungan itu, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak, sekali gus sebagai rujukan dan panduan orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.

Ketua Pegawai Operasi Plus Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menggalakkan orang ramai merancang perjalanan berpandukan kepada TTA, bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi, terkumpul di satu-satu lokasi lebuh raya secara serentak.

“Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi-destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.

“Untuk ke destinasi-destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ketika berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.

“Pada ketika ini, pendaftaran menerusi MySejahtera masih lagi dikuatkuasakan dan orang ramai yang lengkap divaksin dibenarkan untuk makan di ruang makan di R&R.

“Pengguna lebuh raya diingatkan memandu dengan lebih berhati-hati dan lebih peka ketika hujan, serta mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan.

“Perancangan perjalanan yang teliti dan penyelenggaraan kenderaan perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan keselamatan, selain daripada pemakaian tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk hadapan dan belakang, serta kerusi keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Pasukan PLUSRonda sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengguna lebuh raya dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine 1800-88-0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari, dengan secara keseluruhan 5,000 kakitangan dari ekosistem lebuh raya akan bertugas dan bersedia, untuk memastikan segala operasi dan perkhidmatan lancar.

Seramai 587 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dari Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, St John Ambulance serta Persatuan Bulan Sabit Merah, akan diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam sehari bermula dari 24 Jan hingga 8 Feb depan.

KEADAAN TERKINI DI LEBUHRAYA HALA KE TIMUR

Trafik mula perlahan menghala ke Plaza Tol Bentong dan dari Gombak menghala ke timur. Para pengguna dinasihatkan untuk menjaga jarak kenderaan dan mengikuti had laju yang ditetapkan demi keselamatan semua.

Gambar yang dimuatnaik oleh Lebuhraya Pantai Timur keadaan trafik pagi 29hb Jan

Sebagai sokongan seramai 209 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia akan ditempatkan di Plaza tol dan kawasan rehat bagi membantu kelancaran trafik. Untuk maklumat trafik terkini sila rujuk platform media sosial PLUS melalui laman sesawang www.plus.com.my, Twitter PLUSTrafik, Applikasi PLUS atau hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000.

Sumber : HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*