
Pemergian selebriti dan juga pelawak senior, Pian Cecupak, 52 malam semalam sememangnya mengejutkan ramai terutamanya peminat sitkom Cecupak yang pernah beersiaran di TV3.
Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.
Difahamkan allahyarham telah mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 malam.
Melalui posting yang dikongsi Instagram hliveofficial, jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di anah Perkuburan Islam Batu Muda, Taman Selasih lebih kurang jam 11 pagi.
View this post on Instagram
Dalam laporan dari Mstar pula, anak kepada pelawak tersebut, Nuraina Fazrin, 25 memaklumkan yang bapanya kerap kali mengingatkan supaya menguruskan pusat tahfiz yang dibangunkan sebelum ini andai kata dia sudah tiada.
Jelas Nuraina lagi, pada awalnya allahyarham ada memberikan satu nombor telefon pusat tahfiz namun langsung tidak memikirkan apa-apa sehinggalah dia menelefon sendiri tempat itu.
“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya,”
“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.”
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.”
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nuraina turut mengatakan yang dia agak terkilan denga kehilangan bapanya kerana sudah bercadang untuk bertemu pada hujung bulan ini untuk memberitahu tentang kehamilan keduanya, namun allahyarham mengatakan yang dia tiada kerana mempunyai urusan lain.
Ternyata apa yang diucapkan benar-benar terjadi apabila ‘pergi’ dijemput Ilahi sebelum tahu mengenai kehamilan anaknya.
“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.”
“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang. “Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.
Biodata Terkini
Nama sebenar: Mohd Rafik bin Abdul Raman
Nama komersial: Pian Cecupak
Umur: 52 tahun (2022)
Tarikh lahir: 29 Mac 1970
Keluarga: Anak kedua daripada enam adik beradik
Kerjaya: Pelawak dan pengacara
Latar Belakang
1. Bakatnya dikesan ketika menyertai rancangan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan siaran saluran TV3 pada era 90-an.
2. Beliau kemudian bergelar salah seorang ahli kumpulan lawak, Cecupak yang ditubuhkan pada tahun 1998, sebelum menempa populariti dalam bidang seni.
3. Cecupak turut dianggotai Allahyarham Pak Lah, Pak Jaih, Ucop dan Ropie.
4. Pada Mei 2014, beliau bersama dua lagi rakan artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash Lefthanded mendapat Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa kepada gelaran Datuk.
5. Pernah berkahwin, namun bercerai dengan bekas isteri pada 2000. Perkongsian hidup mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
6. Menetap di rumah ibunya terletak di Taman Datuk Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
7. Meninggal dunia pada 26 Januari 2022 dipercayai mengalami serangan jantung selepas ditemui ibunya terbaring dalam bilik air di rumah mereka pada jam 8 malam.
8. Difahamkan, kesihatan arwah merosot sejak kebelakangan ini kerana sering mengadu sakit dada.
9. Malah beliau mempunyai masalah jantung sejak 2018. Sejak itu, kehidupannya hanya bergantung kepada ubat-ubatan.
10. Arwah pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kesukaran bernafas pada Oktober 2018 yang membawa kepada pengesahan doktor mengenai serangan jantung dihidapi akibat masalah jantung tersumbat.
Sumber: malaynews
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply