
PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.
Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Allahyarham ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya.
Menurut Hasenah, arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.
“Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada 10.30 malam.
“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran show esok, tapi kami tidak pasti dimana.
“Kemungkinan besar dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat.
Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot.
“Arwah hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah kepada mStar.
Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas.
Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.
Pian mempunyai dua orang anak.
Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jenazah yang kini berada di kediaman ibu mereka akan dikebumikan pada Khamis sebelum Zuhur.
“Jenazah akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan kebumian akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi kebumi di mana,” ujarnya.
Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.
Allahyarham pernah berkahwin dan bercerai pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
Dipetik daripada berita pada 2018
“Doktor Kata Saya Bila-Bila Masa Sahaja Boleh Pergi” – Pian Cecupak Mohon Maaf Pada Semua
Pelakon dan pelawak Pian Cecupak mengakui perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.
Menurut Pian, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius.
“Doktor kata saya bila-bila masa sahaja boleh pergi dan dia minta untuk segera melakukan pembedahan.
“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini dan saya memohon bantuan daripada orang ramai supaya dapat membantu meringgankan kos rawatan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
“Saya minta agar semua dapat mendoakan kesihatan saya agar kembali pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.
“Kalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pihak,” katanya kepada Gempak.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply