
Menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram Rozita Che Wan, pelakon itu berkongsi berita gembira apabila mengatakan adiknya Ayu Raudhah dan Zaquan bakal timang cahaya mata keenam.
Selebriti ini turut mengambil kesempatan mengucapkan ucapan istimewa kepada adiknya itu sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-11 pasangan bahagia tersebut.
Menurut Che Ta, dia berkata Ayu dan Zaquan merupakan pasangan paling bahagia dan sempurna kerana bukan sahaja mereka ini pasangan yang penyayang tapi juga serba boleh.
Che Ta turut berkongsi berita gembira bahawa Ayu sedang hamil cahaya mata keenam dan mendoakan kebahagian pasangan tersebut berkekalan sehingga ke jannah.
View this post on Instagram
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-11 kepada adik kesayangan dan adik ipar saya Ayu Raudah dan Zaquan..
“Dari kaca mata seorang kakak..Kebahagiaan rumahtangga kamu berdua yang paling sempurna…Suami muda, herlok kaya, bertanggungjawab, kuat agama dan penyayang.
“Isteri cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemas, menjahit, subur (11 tahun kahwin, anak nak masuk 6) penyayang, memahami dan paling setia. Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah amin” tulisnya menerusi kapsyen.
Ayu membalas hantaran itu dengan mengucapkan terima kasih kepada kakaknya itu.
“MasyaAllah.. Alhamdulillah.. SubhaAllah.. AllahuAkbar terima kasih untuk segalanya kak Ta ku sayang Rozita Che Wan ‘we love you to the moon and back’ (emoji ciuman)” balas Ayu Raudhah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan berita Ayu bakal menimang cahaya mata keenam kerana anak lelakinya yang kelima baru sahaja lahir pada bulan Jun tahun lalu.
Tidak ketinggalan ada juga yang mengucapkan tahniah buat pasangan bahagia tersebut dan menitipkan doa agar dipermudahkan urusan.
“Preggy lagi ka?? tudia aihh suboq lajak btuii..”
“Mantap pesanan kakak tersayang..”
“Suka sangat tengok couple ni..Ayu raudhah dan Zaquan..dah macam David beckham dan Victoria versi Malaysia..”
Namun, pasangan bahagia Ayu dan juga Zaquan masih berdiam diri mengenai berita bahawa Ayu kini sedang hamil anak keenam.
Sekadar info, Ayu Raudhah dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011, hasil perkongsian hidup selama 11 tahun Ayu dan Zaquan dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel.
Sumber: Murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply