
Beberapa minggu lalu, Datuk Seri Vida pernah menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah single baharu. HaI ini berpunca gara-gara seIebriti media sosiaI yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, lqbal melancarkan lagu yang dikatakan ditujukan kepada dirinya..
Menerusi lap0ran media, DSV berkata, tujuan dia ingin mengeluarkan lagu itu adalah kerana ingin menjawab kembali segala apa yang lqbal katakan terhadapnya.
Jika sebelum ini DSV menyanyikan lagu berentak ranc4k menerusi single pertamanya, I Am Me, kali ini, usahawan k0smetik itu mahu membawakan lagu bergenre balada pula.
Sungguh pun khabarnya lagu tersebut sudah mahu dilancarkan, namun, DSV masih mencari siapakah hero yang akan sama-sama membintangi klip video lagu berkenaan.
“Saya nak cari hero dalam klip video saya. Boleh bagi cadangan tak, siapa pelakon, hero penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero itu dalam klip video.
“Tapi saya nak yang bujang, saya nak yang takda tunang, takda bini, single and available. Kerana takut nanti terpegang ke,” katanya sambil meminta pandangan pengikutnya di Instagram.
VIDEO
View this post on Instagram
Menariknya, menerusi ruangan komen, pelakon Sharnaaz dilihat menawarkan dirinya untuk membintangi klip video lagu terbaharu DSV.
“Jgn sampai aku try… Haaaa, jaga.
“Jgn kata tempuh, kena langgaq dengan lori pun boleh… cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?” tanya Sharnaaz sambil meletakkan em0ji tertawa.
Menerusi ruangan balas, DSV turut mengambil kesempatan dan membalas: “Onz tak onz Mamu?” tanya DSV. Rata-rata peminat memberikan respons positif terhadap k0men yang ditinggalkan oleh Sharnaaz.
“I think she just described you. Tak salah kan kan… pi la hantaq borang dekat DSV,” tulis seorang pengikut DSV.
Selain Sharnaaz, nama-nama yang dicadangkan oleh peminat termasuklah Aweera, Nazim Othman, Diva AA dan juga Michael Ang.
Terdahulu..
Lepas apa terjadi, DSV buat kejutan bakal lancar single terbaru! Vida ceritakan konsep lagu yang mampu buat peminat menangis
Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru.
Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.
“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata.
“Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yag perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.
Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya.
“Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya.
Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.
DSV bengang selepas Iqbal muatnaik video muzik single pertama, rupanya ini sebab kenapa Vida naik angin
MEMUALKAN! Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik (MV) single pertama berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.
Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.
“Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami… try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.
“Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis… dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh tember4ng dan pemb0hongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.
“Walaupun MV tu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi netizen masih dapat rasa persamaan cerita kami,” katanya kepada mStar.
Lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi, Eric Fuzi yang dimuat naik di akaun YouTube Rusa Music itu menjadi trending nombor satu di laman berkenaan.
Babak tak jadi kahwin dalam MV lagu Hujan.
Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist!
Mengulas mengenai kemampuan vokal Iqbal, Vida berkata lagu tersebut menerima sambutan hebat pendengar kerana kekuatan MV berkenaan.
Dia turut mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana akhirnya impian untuk meraih populariti dalam masa singkat tercapai hasil menjaja kisah cinta mereka.
“Sebenarnya kekuatan pada lagu ni adalah MV yang sangat kreatif… itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam p0ndan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.
“Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist… kalah cerita Tamil.
“Biarlah asalkan dia boleh raih populariti dia sanggup buat apa sahaja dan sekarang dia dah jumpa apa dia cari,” ujarnya.
Sumber: trendingsangat.pw | rotikaya | Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply