Terjawab akhirnya! Fizo Omar dedah dia berada di mana ketika foto Maryam seorang diri

Kuala Lumpur – Sebelum ini pelakon Fizo Omar, 36, menyifatkan d.akwaan dia mengabaikan anak ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor, baru-baru ini, sebagai tidak masuk akal.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, sebagai bapa penyayang, d.akwaan dia mengabaikan anaknya, Wan Maryam ketika bercuti, tidak boleh diterima.

“Sebagai orang yang ada keluarga, logik tak kalau anda bawa anak-anak bercuti di tempat yang khusus untuk kanak-kanak seperti Legoland, anda biarkan anak-anak?.

“Saya pergi bercuti dengan enam orang lain termasuk ibu, adik dan anak-anaknya yang sebaya dengan Maryam. Ibu saya berusia 50 an, logikkah dia mengabaikan cucunya?.

Jadi, tidak perlulah saya menjawab persoalan orang ramai. Cukup hanya memikirkan apa yang logik. Bagi saya, Maryam sangat gembira dengan kami di sana,” katanya.

Fizo berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, sudah tentu dia memanfaatkan masa yang ada bersama Maryam.

“Saya hanya berjumpa anak saya dua kali sebulan mengikut perintah Mahkamah S.yariah. Jadi, pastinya saya memanfaatkan masa bersama Maryam.

“Setiap kali saya ambil Maryam, saya bawa dia pergi ke mana-mana dan meluangkan masa. Sesibuk mana pun, saya pastikan kami meluangkan masa bersama.

Wartawan Tanya Di Mana Fizo Ketika Gambar Diambil

“Apa sahaja kerja, saya tolak untuk mengosongkan jadual. Itulah bagaimana saya hargai masa saya bersama Maryam.

“Anak adalah harta paling berharga dalam hidup saya. Takkanlah saya mahu biarkan anak sendirian. Ibu saya boleh jaga, takkanlah anak, saya tak boleh jaga?” katanya.

Fizo berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri hingga keadaan bertambah keruh dan menimbulkan rasa tidak selesa mana-mana pihak.

“Sebenarnya, saya orang yang tidak ambil peduli. Kalau mana-mana pihak hendak bersuara dan beri pandangan, itu hak dia. Tetapi kita sebagai manusia yang ada akal dan waras, saya mohon untuk berfikir logik.

“Saya kesal apabila keluar d.akwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar t.eruk dike.cam netizen. Saya sebenarnya tidak dike.cam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Jadi, apabila orang kongsi dengan saya dia dik.ecam, saya simpati dengannya. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya. Apa pandangan dia, saya hormati.

“Jadi, bagi saya, saya harap netizen, jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah mengh.ukum dan meng.ecam dia. Anggaplah ada salah faham. Kita bersangka baik dengan semua perkara,” katanya.

Baru-baru ini, Mawar Karim berkongsi hantaran menerusi Instagram Story mengenai luahan anaknya. Mawar mend.akwa ada individu menghantar gambar anaknya keseorangan ketika bercuti bersama Fizo dan keluarga di Legoland.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013, namun, berc.erai pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Wan Maryam yang berusia empat tahun.

Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera Nazri pada Oktober lalu. Dalam perkembangan lain, Fizo yang sibuk dengan perniagaan, memilih tawaran yang sesuai dengan jadual kerjanya.

“Ada job pengacaraan dan lakonan yang saya terima. Selepas ini saya akan menjayakan drama bersiri, Fast Girl untuk WeTV dan drama untuk slot Akasia, TV3.

“Hendak terima banyak tawaran tidak boleh sebab saya sibuk dengan perniagaan. Saya akan buka taman kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi ATV yang ketiga di Pulau Pinang selepas Kelantan dan Pahang,” katanya.

 

Sumber : BH | TV3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*