
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itulah dugaan yang perlu dipikul ibu tunggal bernama Azimah Abd Rahim, 37, dalam membesarkan anak perempuan dengan masalah penglihatan kekal sejak lahir.
Azimah menjadi tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan dia membawa bersama anaknya yang berusia lima tahun ketika bekerja sebagai penghantar makanan.
Ketika ditemui mStar, Azimah yang tinggal di Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, berkata dia terpaksa menanggung risiko membawa bersama anaknya itu.
“Anak saya tak boleh nak duduk dengan orang… orang pun tak tahan nak jaga dia.
“Disebabkan dia hyper… tak tahu dekat mana dia duduk, dengan siapa dia duduk.
“Sejak daripada lahir macam ni la dia… 24 jam dengan saya,” Katanya kepada mStar.
Azimah membesarkan Nur Ainul Zahirah Rashidi, 5, sendirian selepas berpisah dengan bekas suaminya pada Oktober 2021.
VIDEO
Antara komen2 netizen,
Kesian masa tu aku isi minyak nampak tu pon aku nmpk sesi temuramah dgn kakak nihh…. sebak hati aku tgok kak tu dgn ank sbb aku pernah dlm situasi tu .
Ya Allah permudahkan setiap urusan dan lindungan hamba Allah ni ngan ank syurga ni…
Semoga Allah permudahkan urusannya..luaskan rezkinya..melindunginya…merahmatinya…Aminn..
Semoga kuat Kak.. Allah akan uji org yg kuat mcm Kak..sabar ya..ada ganjaran.semoga Kak dilindungi
Ya Allah sedihnyer. Semoga dipermudahkn urusan ajak dan tabah jaga ank syurga
Besar dahh budak tuu..kesihan tengok sia dan ibu..semoga berhati hati di jalan raya yaa kak..
Allahuakbar… Struggle betui ibu muda ini, demi kelangsungan hidup… Semuga dia dibantu oleh pemimpin masyarakat, dgn bantuan jkm dan zakat… Bagi modal dia niaga, tempat tinggal dimana dia boleh meneruskan kehidupan dgn anknya
Ya Allah…pmudahknlah sgala urusan hamba2Mu didunia n akhirat ..amin ya rabbil alamin…
Ya allah..x sangka plak anak dia buta kekal..semoga allah mudahkan n murahkan rezeki akak..and ade orang kaya yg akan tlg akak n zahirah..
Harap bgi la kerja lain kt dia..bwk anak naik moto cari rezeki…bahaya…Biar pun tak selalu…Kesian anak tu…
yaallah kau lindungilah akak n anaknya walau dimanapon diaorang berada…kau permudahkanlah segalanya…kau murahkanlah rezeki akak yang keluar mencari rezeki demi menyara anak beliau…amiinnn
Semoga allah melindungi adik nie dgn anaknya. Kalau sesiap dpt no akaun dia tolong bagitau ya
Allahu akbar sedihnya..ramai lg org susah di luar sana..Semoga Allah swt permudahkan urusan akk, dipanjangkn umur,diluaskan rezeki seluasnya, diberikan kesihatan yg baik dan dirahmati Allah setiap masa. Ya Allah, engkau berilah sebesar2 rahmat dan perlindungan pd akk ni dan anknya Ya Allah dan berilah kebahagiaan pdnya.
Ya Allah lindungilah dan kau limpahkanlah rezeki UTK kakak ini…. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan dlm menempuh dugaan buat akak ini…
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply