Kerana populariti dan wang, netizen dakwa Nora Danish syirik?

Gara-gara memuat naik sedutan babak lakonan sebuah projek drama memaparkan majlis perkahwinan kaum India, pelakon Nora Danish ditduh syirik dan diminta segera bertaubat.

Menerusi video yang dikongsi dalam Instagram, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hani, 39, dilihat menyertai majlis perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin mengelilingi ‘api suci’.

Tampil jelita menggayakan pakaian tradisional masyarakat India iaitu legha, bagaimanapun, tidak semua dalam kalangan netizen bersetuju dengan tindakannya itu walaupun sekadar lakonan.

Video dimuat naik yang berlatarbelakangkan patung-patung di kuil juga menyebabkan netizen melemparkan kata-kata kurang enak.

“Janganlah engkau mempersekutukan Allah baik sengaja ataupun tidak kerana itu jalan menuju kemusyrikan yang nyata,” pesan seorang netizen dalam ruangan komen Instagram perkongsian video yang dimuat naik Nora.

Seorang netizen lain meninggalkan komen: “Demi duit, demi populariti sanggup apa sahaja. Tengoklah artis Hollywood sanggup buka baju, sanggup bersetubuh untuk dirakam tayang seluruh dunia demi berlakon filem.”

Biarpun ramai ringan mulut menyifatkan tindakannya sebagai sylrik, ada dalam peminat memuji semangat muhibah pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu.

“Meriahnya. Hidup pelbagai kaum, saling menghormati agama serta adat resam masing-masing. Marilah berkasih sayang sesama manusia,” tulis seorang peminat.

Nora ketika dihubungi Kosmo Online menerusi pesanan WhatsApp sebentar tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut situasi tersebut kerana bimbang hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Lah, saya tak baca pula komen. Kena juga ke? Saya malas komen sebab nanti jadi lebih buruk,” balas ibu kepada dua orang cahaya mata itu ringkas.

Sumber: K.ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*