Dugaan buat Yatt Hamzah, tiga anak tidak sihat serentak. Seorang masuk wad akibat sakit ini

Yatt Hamzah semalam menerusi Instagram memaklumkan tiga anaknya sedang sakit.

Katanya, anak keempat dan kelima kini demam dan batuk selesema manakala anak ketiganya kini ditahan di wad akibat jangkitan pada paru-paru.

“Bonda mohon sgt2 doakan utk 3 anak Bonda yg sedang sakit. @sucihayfaamedina anak no 3 skrg sdg admitted setelah lebih 10 kali muntah2, demam, batuk dan selsema.

“Dia ada jangkitan pd paru2 Pneumonia. Yg ke 4 #SuciHawaZulaikh dan ke 5 baby #SAYFMOHAMMEDZUBAYR pun demam batuk selsema juga.

“Memang sekarang musim budak2 mudah jatuh sakit kan.. Bertabahlah wahai Bonda bila anak2 sakit berjemaah ni. Lekas sembuh ya anak2 Bonda.

“Semoga anak2 yg lain di luar sana sentiasa dilindungi dan lekas sembuh jika sakit juga ya. Ameen.” tulisnya

Malah, menurut Yatt dia tidak sampai hati melihat anaknya itu kerap muntah hingga berbelas kali.

“@sucihayfaamedina #Medina dapat Pneumonia. Dalam paru2 kanannya ada jangkitan kuman. 1st time anak Bonda dpt ni.

“Kesian dia x boleh makan minum apa pun. Masuk je makanan dan minuman habis keluar balik. Minum air kosong pun dimuntahkan balik. Tak sampai hati tengok dia kerap sgt muntah dah berbelas kali.

“Semalam je hampir 10 kali muntah sampai lemah lembik badannya. So Doktor puasakan dia dan 24 hours on monitoring and treatment.

“Bonda ni paling lemah bila anak2 sakit. Tak tahan sebak tengok dorang tapi depan dorang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka.

“Mak2 mmg macam ni, tak mampu nak tengok anak2 sakit ? lebih2 lg kalau sampai 3-4 orang berjemaah sakit serentak akibat berjangkit. Kalau boleh biarlah transfer rasa sakit tu pada mak2, janganlah anak2 yg sakit kan..

“Tapi mak2 kena kuat dan sentiasa sihat utk tabah jaga anak2 siang malam. Bonda doakan ibu2 lain yg diuji ada anak2 yg turut sakit dipermudahkan urusan dan diberikan  kesembuhan. Ameen YA Rabb.” tulisnya

Dalam kesempatan itu, Yatt turut mendoakan golongan ibu di luar yang diuji ada anak-anak yang sakit dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan.

Moga Yatt terus tabah, tiga sekali gus anak diserang penyakit. Semoga Yatt kuat hadapi ujian ini.

 

Sumber: Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*