Netizen syak Mira Filzah hamil, sekali suami akhirnya buka rahsia sahkan usia kandungan isteri

Tanda tanda peminat mengenai kehamilan pengacara dan pelakon terkenal, Mira Filzah akhirnya terjawab apabila suaminya, Wan Emir mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Wan Emir berkata mereka menerima khabar gembira itu pada tahun lepas. Kini usia kandungan isterinya akan memasuki trimester ketiga tak lama lagi. Tahniah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.

“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”

(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)

Surah Al-Ibrahim: Ayat 40

Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mengharapkan serta mendoakan mereka dari dulu hingga kini.

“Perkhabaran diterima tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung. Usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Seperti pasangan lain yang merancang untuk membina keluarga, kami juga punya pengalaman sendiri dalam perjalanan kami,” katanya pada Khamis malam.

Sementara itu isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini turut melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami daripada dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih,” ujarnya.

Dalam pada itu rakan selebriti termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza serta para peminat turut menyatakan rasa teruja dengan berita berkenaan.

“Alhamdulillah, jaga diri dan kandungan baik baik. Moga dipermudahkan semuanya insyaAllah.

“Tahniah, emira junior is coming,” kata mereka.

“MasyaAllah Tabarakallah!!! Congratulations! So happy for u both and the fam!

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Terdahulu, timbul khabar angin kononnya pelakon itu sedang berbadan dua apabila bajunya dilihat sedikit ‘gelembung’ di bahagian perut.

Mira Filzah tak akan sorok jika benar hamil

Mira Filzah walau bagaimanapun berjanji tidak akan menyembunyikan berita hamil dan akan mengumumkannya apabila sudah bersedia.

“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.

“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,” katanya kepada mStar.

Mira berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran model baharu telefon pintar Vivo V23e di Hotel Majestic, di ibu kota.

Dalam pada itu, Mira berkata, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai spekulasi termasuk penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat berhubung kehamilan itu.

Malah, dia melihat semua itu adalah satu perkara yang baik dan mungkin menjadi doa agar impian itu tercapai.

“Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham.

“Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa… sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia sudah merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar, 31, bermula pada minggu hadapan.

“Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.

“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),”katanya.

 

Sumber: IG Wan Emir Astar | Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*