Gadis ini nekad buat keputusan ini walaupun sering dibuIi kerana tanda lahir pada wajahnya. Dia beritahu sebab apa

Seorang gadis remaja berusia 18 tahun dari Indonesia menjadi tuIar di media sosiaI selepas memuat naik video di TikT0k yang memperlihatkan wajah uniknya kerana tanda lahir. kisah gadis remaja indonesia yang dibuIi kerana tanda lahir pada separuh wajahnya, tekad tak mahu buang

Gadis itu dikenal pasti sebagai Ika Masriana dan telah aktif membuat kandungan di TikT0k sejak 2018. Dia mengaku bahawa sering berasa kurang yakin akibat DlBULl rakan-rakannya yang kerap mengejek penampilan wajahnya yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Tanda lahir ini sudah ada sejak saya dilahirkan. Ia tidak berubah. Pada masa itu, ketika saya berusia lima tahun, saya baru dapat tahu mengenainya,” kata Ika ketika ditemu ramah media tempatan.

Luah Ika lagi, dia mengatakan yang dia sudah terbiasa dan menerima keadaan wajah seadaanya. Dia bahkan tidak berasa sedih, malahan tampil lebih yakin dengan membuat video cover di TikT0k dan mengambil foto OOTD di akaun media sosialnya.

“Sudah biasa macam tu. Saya suka bermain TikT0k. Saya telah berdamai dengan diri sendiri,” jelasnya.

Ika yang kini mempunyai lebih 12 ribu pengikut di Instagram mendedahkan yang dia juga pernah melalui pengalaman menjadi m4ngsa buIi . Terdapat segelintir pembuIi yang pernah memanggilnya dengan gelaran binatang.

“Ya, saya dig4nggu, rakan sekelas saya pernah mengatakan saya kelihatan seperti m0nyet, orang utan,” katanya. Saya pernah bertanya kepada ibu bapa saya. Mereka jawab syukur sahaja,” lanjutnya lagi.

Biarpun begitu, Ika dengan lembutnya bertegas bahawa dia tidak membuang tanda lahir pada wajahnya itu dan mempunyai alasan yang tersendiri berbuat keputusan sedemikian. “Saya tidak mahu membuangnya. Kerana saya bersyukur dengan apa yang diberikan tuhan. Pada masa lalu, ayah pernah terfikir untuk membuangnya.

Tetapi pada akhirnya datuk saya menghentikan keputusan tersebut kerana ada baiknya bersyukur,” jelasnya. Memiliki tanda lahir yang besar pada wajahnya, Ika mengakui bahawa dia tidak merasakan apa-apa dan berasa seperti kulit waj4hnya biasa sahaja.

“Ya, saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai. Ramai warganet mengucapkan terima kasih,” kongsinya. Saya dulu merasa rendah, lalu seseorang pernah meyakinkan saya bahawa kita semua adalah manusia yang sama,” simpul Ika.

VIDEO

 

Sumber: bm.syok.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*