Gara-gara lantang berkata-kata, Nabila Huda bakal disaman. Hukum4n yang akan dikenakan buat ramai terkedu

GARA-GARA lantang menduh seorang wanita yang juga aktivis kemasyarakatan berlaku tidak amanah dalam membantu mngsa banjir, pelakon dan pengacara Nabila Huda bakal berdepan tindakan undang-undang.

Menurut aktivis berkenaan iaitu Fatimah Zaharah Rahim, Nabila dengan sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan kebenci4n masyarakat terhadapnya.

Sehubungan itu Fatimah melantik barisan peguam terdiri daripada Datuk Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli bagi meneliti tindakan yang sesuai diambil ke atas pengacara program Melodi itu.

Status yang dimuatnaik Nabila Huda tetapi kini sudah dipadam

“Berdasarkan dakwaan berita palsu, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas anak guam, kami akan kaji tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap Nabila Huda.

“Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

“Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya,” ujar Nurul Hafidzah kepada mStar.

Tambah Nurul Hafidzah, anak guamnya memandang serius penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial itu.

Katanya ia adalah sikap tidak bertanggungjawab dan dibuat tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum sebarang gambar, video dan kenyataan dimuat naik.

Malah, Fatimah Zaharah juga menegaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh Nabila Huda adalah tidak benar sekaligus boleh menyebabkan kedudukan mereka yang bekerja dalam industri hiburan diprejudiskan.

Pada 25 Disember lalu, Nabila Huda menyelar tindakan seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

hafidzah 2

Peguam mewakili Fatimah (dari kiri); Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli

“Ha, ini salah seorang manusia yang ambil kesempatan. Selamba ambil barang-barang dekat masjid Sungai Lui, bawa pergi tempat lain dan kata barang itu sumbangan daripada dia,” tulis Nabila bersama foto wanita terbabit di Twitter.

Perkongsian itu menerima hampir 4,000 ulang kicau, namun telah dipadam oleh aktres berkenaan.

Untuk rekod Nabila Huda boleh diambil tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 yang mengawal selia tuntutan fitn4h undang-undang sivil yang memberi remedi pampasan atau gantirugi melalui Akta Undang-Undang Sivil 1976.

Manakala tuntutan jenayah meliputi Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan yang membawa penalti pnjara atau denda.

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*