Netizen dakwa Janna Nick tidur sebilik dengan kekasih, sekali Janna tampil dengan kata-kata padu ini

DITUDUH tidur sebilik dengan kekasihnya, Dini Schatzmann ketika bercuti di London pada bulan lalu, pelakon Janna Nick menjelaskan dia tidak pergi berdua.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner 27, berkata, dia ke sana bukan sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

“Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu.

Bilik Asing-Asing Ke?" - Janna Nick Kongsi Video Gembira Percutian Bersama Dini Schatzmann, Lain Pula Yang Dipersoal Netizen... | Gempak

“Cukuplah tahu kebenaran. Sebenarnya percutian ke London itu sekali turut penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

“Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik,” kata Janna kepada mStar.

“Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

Pelakon drama Misteri Mona itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, Bu Chef Wan, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

Antara komen2 nakal netizen mengusik Janna Nick

“Aku yakin, bukan saja mereka tidur bilik asing2, malah sebenarnya hotel pun asing2, entah2 negara pun asing2 just photoshop gambar bersama je.

“Berbeza pandangan dan fikiran.org yg suka tengok kebahagian orang lain ni tk terlintas fikir sampai ke tahap tu,klu terfikir pun dia takkan tulis.Org yg suka cari kesalahan memang semua benda tak kena.itulah berhati2 upload apa² .

“Tah² NETIZEN yang tanya tu pun 2×5, pegi jumpa boyfriend duduk 1 bilik dengan alasan nak dinner SATAY bersama KUAH KACANG & NASI IMPIT!

“Couple yang yang belum sah kalau pergi bercuti memang tido bilik asing2 lah min. Cuba husnuzon sikit min.

“Sebok hal tempat tidur orang. tah2 yang dok komen ni bercakap atas pengalaman sendiri

“Bukan ke dia org gi shooting ? jaga2 dgn comment tkut jatuh fitnah

“Org yang tanya tu mesti selalu check in.. Suka naw fikir negative

“Bukan nak bekap dia, sbb aku pun tak minat janah ni, tapi dorg pegi bercuti bukan berdua dorg pergi ramai2 ade pengambaran kt sana.

“jgn pandang serong, pandanglah melalui syed mirol, kan dia pi dgn pasukan produksi, cuma pesan saya,sama2 lah kita menjaga sistem reproduksi supaya sentiasa bersih dan terjaga..

“Setahu aku la, dia pi shooting drama arahan dia tak silap aku andi bernadee ada norren iman & production pun ada. Setahu aku la, wallahualam heee takut jatuh fitnah lak nanti

Rancak ibu buka cerita tentang Janna Nick - Video | mStar

Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik Janna memperlihatkan dia gembira bercuti bersama kekasihnya itu di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini yang juga seorang aktor tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Terdahulu netizen membuat spekulasi mengenai percutian Janna Nick.

“Janna Nick Bercuti Di Luar Negara Dengan Boyfriend Tidur Bilik Asing-Asing Ke?”

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick ada berkongsikan gambar dan video percutiannya di luar negara bersama kekasih, Dini Schatzmann.

Menerusi video tersebut, Janna membuat kompilasi mereka berdua beberapa di beberapa lokasi di luar negara sambil menari.

Namun, lain pula yang ditanyakan netizen apabila ada yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Seronoknya travel merasa berdua, bersemut handphone,” tulis netizen.

“Bilik asing-asing ke?” tanya seorang lagi pengguna Instagram yang lain.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah. Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka,” tulis seorang lagi netizen.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing,” tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen memaklumkan Janna dan Dini ke luar negara bersama pasukan produksi seramai 16 orang.

Ada sahaja netizen ni, kongsi video berdua pun terus dah buat spekulasi macam-macam pasal Janna Nick.

 

Sumber: RK | mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*