“Cantiknya! baju simple tapi ayu” Majlis tunang adik Neelofa, Athisha Khan serba ringkas tarik perhatian ramai

Adik kepada Neelofa, iaitu Athisha Khan yang juga seorang Youtuber menamatkan hubungan cinta bersama jejaka pilihannya apabila mengikat tali pertunangan dalam majlis serba ringkas di kediamannya hari ini.

Athisha berkongsi foto di laman Instagramnya untuk tatapan umum. Dilihat cantik menggayakan busana bertemakan warna pink dan kelihatan cukup manis dan ayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buatnya di atas majlis pertunangan yang berlangsung itu.

Menerusi perkambangan lain, usahawan Neelofa bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, dia turut mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka bila-bila masa sahaja.

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini. Kata orang tengah mneghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

“Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.” katanya.

Dalam pada itu, Neeloda sempat meminta agar oramg ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan dengan lancar.

 

Sumber: IG Atisha Khan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*