
Sah bercerai talak satu semalam dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar semalam, Siti Saleha berkata dia turut menerima berita duka apabila kehilangan datuknya.
Memetik laporan BH Online, Saleha berkata dia mengakui bersedih dan bukan mudah untuknya menerima hakikat keruntuhan rumah tangga.
Kata Saleha, dia menerima dua berita sedih dalam satu hari dimana datuknya yang yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Saya tetap sedih walaupun memfailkan perceraian itu. Saya hanyalah manusia biasa… Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya hadapi.
“Kebetulan pagi semalam, saya mendapat perkhabaran datuk yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat serangan jantung. Kemudian bekas suami pula lafazkan talak. Bermakna ada dua berita duka yang saya terima, semalam,” katanya.
Dalam pada itu, Saleha berkata dia reda perkahwinan yang dibina selama empat tahun sudah pun berakhir dan masih boleh berkawan baik meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri.
“Walaupun sedih kerana pengakhiran perkahwinan kami tidak seperti yang diharapkan, saya reda dan anggap tiada jodoh antara kami.
“Walaupun sudah tidak lagi hidup bersama, kami masih boleh berkawan baik. Saya tetap ada untuknya pada bila-bila masa jika diperlukan.
“Tidak perlu hendak dendam. Lagipun, kami bercerai cara baik… Doakan saja yang baik-baik untuk kami,” katanya.
Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2018 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Terdahulu, Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu
Pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Lafaz cerai dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10.30 pagi.
Redha jodohnya dengan bekas suami hanya mampu bertahan selama empat tahun, Saleh berkata perceraian mereka itu berlaku secara baik.
“Hari ini Alahmdulillah kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tak panjang, sampai di sini saja. Tiada apa saya boleh ulas cuma kami tiada kesefahaman,” katanya.
Pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi.
Berita tersebut mengejutkan ramai apatah lagi pelakon itu sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial.
Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Tuntut Cerai
Tiada hujan tiada ribut, kisah penceraian Siti Saleha ternyata mengejutkan ramai peminat apatah lagi pelakon itu mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Difahamkan, punca Siti Saleha membuat tuntutan cerai kerana tiada lagi persefahaman. Perkara itu didedahkan peguamnya, Azmi Rais di Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi.
Pagi tadi, Siti Saleha hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan penceraian namun ditunda pada 17 Januari depan.
Pada tarikh berkenaan JKP akan diadakan sekali lagi dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.
Dalam pada itu, JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum terikh berkenaan berikutan defendan (Ahmad Lutfi) dan wakilnya gagal hadir sebelum kini kerana berada di luar negara.
Sumber: RK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply