
Pejam celik dah hampir 4 tahun usia cahaya mata sulung kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sejak dari bayi lagi, keletah Siti Aafiyah bersama pengasuhnya iaitu Dayah Zubit sering menjadi perhatian ramai. Namun semenjak berkahwin, wanita tersebut tidak lagi menguruskan si kecil berkenaan.
Majlis nikah ringkas sehari sebelum lockdown, dan terus ikut suami balik Terengganu
Terdahulu, Dayah telah pun melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemain sayap pasukan bola Terengganu FC II (TFC II), Mohammad Ridzuan Razali dengan penuh ringkas di Pejabat Agama Seberang Perai Utama pada 31 Mei lalu.
Sejurus akad nikah, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun terus mengikuti suaminya pulang ke Terengganu.
Belum sempat buat majlis sanding, umum dah hamil September lalu
Gara-gara total lockdown, Dayah dan suami belum berkesempatan merencanakan majlis persandingan. Sehinggalah wanita tersebut mengumumkan sudah pun hamil di trimester kedua September lalu.
Terbaru semalam, pasangan berkenaan telah melangsungkan satu majlis doa selamat untuk kandungan sekaligus mengambil peluang untuk bersanding.
Aafiyah paling excited, tak lepas pegang tangan kakak… Happy sangat dapat jumpa balik
Namun paling menarik perhatian adalah gelagat Siti Aafiyah yang cukup teruja dan tidak mahu melepaskan pegangan tangan bersama ‘kakaknya’ itu.
Malah kanak-kanak tersebut kelihatan sangat gembira dapat bertemu dan meluangkan masa bersama bekas pengasuhnya berkenaan. Dalam majlis itu juga, TokTi turut menghadiahkan sebuah lagu romantis sebagai hadiah kepada pasangan tersebut.
Terdahulu..
Pengasuh Aafiyah selamat bernikah, Siti Nurhaliza taja busana pengantin
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, pasti mengenali gerangan pengasuhnya dikenali sebagai Dayah Zubit yang pernah tular sebelum ini.
Terbaru, wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) Ridzuan Razali dipercayai diadakan di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah pada tengah hari tadi.
Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga selain diadakan secara siaran langsung menerusi laman Instagram untuk tatapan kenalan dan pengikutnya.
Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Aafiyah tidak dapat meraikan detik bahagia pengasuh kesayangannya namun sempat mengadakan sesi panggilan video sebelum wanita itu bergelar isteri.
Bukan itu sahaja, Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipercayai bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Sama cantik sama padan! Selamat pengantin baru, moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Aminnn.
Sumber: dnq.pw | Instagram Dayah Zubit & Yasmeen MUA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply