
TAK masuk akal! Itu jawapan Fizo Omar atas dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, dia pastinya memanfaatkan waktu yang ada bersama anaknya itu sebaik mungkin.
“Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada.
“Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia,” jelas Fizo kepada mStar.
Bekas isteri Fizo, Mawar Kaarim bimbang apabila anak mereka mengadu sedih
Pada Isnin, Mawar berkongsi satu hantaran di Instagramstory luahan sedih anaknya.
Menurut Mawar, ada individu menghantar gambar Maryam keseorangan ketika bercuti bersama Fizo sekeluarga di sebuah taman tema di Johor.
Sementara itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menegaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri sangat baik.
Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia
Dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menilai hanya kerana sekeping gambar atau sebarang dakwaan yang belum tentu sahihnya.
“Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan.
“Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya.
“Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya,” tambahnya lagi.
Fizo menjelaskan hubungan Maryam dan isterinya sangat rapat
Terdahulu..
“Budak-budak Tak Pandai Menipu”, Selepas Balik Dari Bercuti Maryam Beritahu Sesuatu Kepada Mawar
GARA-GARA berkongsi foto memperlihatkan anaknya, Wan Maryam seorang diri ketika bercuti di Johor Bahru bersama bekas suami Fizo Omar, netizen mendakwa usahawan Mawar Karim seakan-akan tidak ‘move on’.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga mempertikaikan tindakan Mawar yang dilihat kini sudah tidak lagi berkongsi foto bersama anak perempuannya itu.
“Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?” komen netizen.
Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Mawar muat naik video anaknya berkongsi mengenai percutian bersama Fizo dan isteri.
Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.
“Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap lima minit buat live letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam.
“Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.
“Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.
“Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam,” jelasnya.
Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.
Indah khabar dari rupa
Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.
“Budak-budak Tak Pandai Menipu”
Seorang pengikut Mawar tampil membidas sesetengah netizan yag masih tidak move on kerana Mawar kelihatan sangat gembira dengan kehidupan beliau sekarang
“Youtuber punya lah kecoh pasal mawar komen pasal anak duk jauh tiada yg pantau, patutnya mawar boleh saman you tuber yg kurang ajar mcm nak menjatuh kan maruah, segelintir netizen pulak komen mawar x move on. Aku rasa segelintir netizen ni yg xmove on. Mawar hidup ok je, ingat kumbang seekor ke kat dunia ni smpi nk kata org xmove on. Sakit jiwa aku rasa yg mana segelintir netizen yg xmove on ni.”
Menjawab komen tersebut, Mawar menjelaskan yang budak-budak tidak pandai menipu
“@syikin.gaddafi la tu no sat depa ni . Nk kena cubit ni . Tu la Maryam balik bila cheq tanya why, Maryam bgtau Maryam merajuk sikit ? Alahai Maryam ni budak2 setahu kita budak2 ni tak pandai menipu. Tapi tak tau la Maryam bukan pandai nak main IG or FB nak load gambar or taip. Ya dik kalau bab anak memang tak move on.
Kita ni menatang minyak yg penuh utk anak,tapi agak terkilan bila seorang hamba Allah sent pictures dekat kita lagu tu punya cara, apa perasaan ya?Bab lain ni alhamdulillah hanya Allah saja tahu. Depa tak pernah rasa apa kita rasa, lalui. Hanya melihat. Sebab tu di media social kita ni load yg indah2 saja, kadang2 menggunakan orang lain sebagai bahan content utk media social.
Erti kata reality lain fantasy ternyata berbeza. Apa pun pesanan utk diri sendiri jgk dik. Sy ni bukan perfect banyak kekurangan tapi sy percaya semua ibu akan buat terbaik utk anak2 mereka . terkilan jika anak tiba2 orang yg tak kenal sent pictures macam tu. Part paling kelakar org lain melatah try hard pulak. Chill2 cukup”
Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik dua perkongsian di InstaStory seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama bekas suami di LEGOLAND Malaysia, Johor, tidak seindah yang disangka.
Mawar mendakwa menerima foto Maryam seorang diri di taman tema itu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.
Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.
“Satu lagi, ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.
“Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, ‘mummy, Maryam merajuk sikit’.
Fizo bercuti bersama anaknya, dan isteri di LEGOLAND Malaysia.
“Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut memuat naik video Maryam yang menyebut perkataan trouble dan sad ketika disoal kenapa dia bersendirian di sana.
“Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad,” kata Maryam kepada ibunya.
Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Fizo dan Mawar berhubung perkara tersebut gagal apabila mereka tidak memberi respon kepada mesej serta panggilan.
Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply