
Seorang remaja lelaki yang dipercayai ‘ghaib’ selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi ditemui selamat petang tadi selepas lebih 30 jam hilang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Katanya, penduduk kampung menemui mangsa berhampiran sebuah jambatan di kampung itu selepas usaha mencari dilakukan pagi tadi.
“Mangsa ditemui lengkap memakai baju kemeja-t lengan pendek berwarna merah berlogo Mickey Mouse dan berseluar pendek warna hitam.
“Mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus ditamatkan,” katanya.
Wanita Ini Jumpa Remaja Tetapi Orang Lain Tidak Nampak Sampai Lah Tiba Di Rumah Remaja Itu
Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50-an yang kebetulan ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.
“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta kotor sambil memegang selipar.
“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah.
Katanya, malah mereka juga mendakwa tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya.
Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.
Khairul Nisa berkata, Muhammad Iznun Al-Azim masih lagi tidak dapat bercakap dan berada dalam keadaan bingung.
“Buat masa sekarang, saya sudah mandikan dan menukar pakaiannya, cuma dia belum menjamah makanan.
“Dia masih berdiam diri dan trauma,” katanya.
Kenyataan dari Bapa Saudara (Video)
Kes remaja hilang pasir linggi..( ank sedara)..bila tanya dia sedar atau tidak..dia kata mlm tu dia jalan cuma nmpk gelap..bila sedar dia bk wassap dlm keadaan sgt mngantuk..dia hanya tau dia dlm hutan dan tertidur lg..bila buka mata dia hanya sedar di tempat yg di jumpai..lebih kurang 2 km dr kpg pasir linggi… dia cuma rasa hanya tertidur hanya 1 jam..shj..
Khairun Nisa bagaimanapun menzahirkan ucapan terima kasih kepada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertungkus-lumus membantu mencari anaknya itu.
VIDEO
Khairul Nisa turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung dan semua pihak yang bekerja keras menjayakan operasi tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan remaja tersebut selamat ditemukan.
Sumber – K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply