
GARA-GARA selamba makan daging ayam mentah, wanita ini menjadi perhatian warganet selepas video yang dikongsikannya di laman sosial menjadi tular.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang terlalu ekstrem dengan mengaitkan dirinya dengan amalan tidak masuk akal.
Tidak melatah dengan pelbagai komen negatif, namun wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syahira ini mengakui dia sedikit terkilan kerana dilontarkan komen yang agak ‘kasar’ tanpa mengetahui cerita sebenar.
Berkongsi cerita dengan mStar, Syahira yang menetap di Singapura ini menjelaskan pengambilan ayam atau ikan mentah adalah kebiasaan bagi mereka yang berketurunan dari Thailand.
“Sebenarnya ia (makan mentah) diwarisi daripada ibu. Ibu saya berketurunan Thailand, manakala bapa dari Kelantan. Sejak kecil lagi saya memang makan ayam, daging ataupun ikan mentah. Tak benar saya makan mentah semata-mata nak jadi viral.
“Saya baca komen-komen cakap makan mentah berdamping dengan syaitan untuk dapatkan wajah cantik, pakai susuk atau sebagainya… itu tak benar. Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan,” ujar wanita berusia 22 tahun ini.
Ditanya sama ada ahli keluarganya yang lain turut mempunyai tabiat yang sama, Syahira berkata hanya dia dan ibunya sahaja yang boleh ‘menelan’ daging mentah.
Menurut Syahira, daging mentah mempunyai rasa yang sama seperti sushi.
Tambah Syahira, dia tidak mengambil daging ayam mentah setiap hari sebaliknya hanya sekali sekala sahaja.
“Bagi saya, rasanya sama seperti makan sushi. Tak ada beza sangat tapi mungkin bergantung kepada individu,” ujar gadis kacukan Thailand-Kelantan ini lagi.
Menyedari tindakannya mengundang pelbagai kecaman, Syahira berkata dia enggan membalas komen atau mengambil pusing perkara yang dibangkitkan oleh netizen.
Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan.
“Saya tak balas langsung… malas nak ambil tahu. Saya rasa yang komen ni budak-budak bawah umur,” ujarnya lagi.
Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan di TikTok, Syahira dalam masa yang sama berharap agar penjelasannya dapat mengelakkan salah faham orang ramai terhadap dirinya.
“Setiap orang ada kelebihan atau kekurangan masing-masing. Tak semestinya makan mentah itu kotor. Mereka tahu untuk mencucinya bersih-bersih.
Syahira sudah terbiasa memakan daging mentah sejak kecil.
“Tak semestinya makan mentah berdamping dengan syaitan untuk kekal cantik atau sebagainya. Contohnya macam saya yang berdarah kacukan Thai-Kelantan.
“Benda tu tak pelik kalau seseorang itu mempunyai darah kacukan Thai. Namun ia mungkin pelik sebab tak semua orang makan mentah. Ada cuma susah nak jumpa,” katanya lagi.
VIDEO
Terdahulu…
Gadis Selamba Makan Ayam Mentah Buat Warganet Terkejut & Berasa Loya
Kebiasaanya kalau beli ayam mentah dari kedai, pastinya kita akan meminta pihak kedai memotong siap-siap ayam tersebut. Balik rumah tinggal basuh dan cuci elok-elok sahaja. Kemudian terus masak. Senang dan cepat kerjanya.
Berkenaan dengan ayam mentah ini, pernah kah korang melihat orang makan ayam mentah-mentah. Belum dimasak atau bukan juga yang separuh masak, namun masih lagi betul-betul mentah. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis menerusi aplikasi TikTok.
Gadis ini tampak bersahaja makan ayam mentah
Gadis yang dikenali dengan nama Baby Girl itu telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dia selamba makan ayam mentah begitu sahaja. Sambil mata memandang ke bawah, dia dengan bersahaja makan atau menghirup ayam berkenaan. Jelas kelihatan dia mengunyah dan menelan ayam tersebut seperti ayam biasa.
Meliihatnya makan ayam tersebut begitu sahaja pasti menimbulkan rasa loya kan? Mana tidaknya, teriingat akan bau ayamnya yang hanyir dan kenyal. Kalau tersilap makan yang separuh masak pun dah termuntah apatah lagi jika makan ayam yang mentah seperti ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terkejut dengan apa yang dilakukan oleh gadis ini. Bukan sahaja ada yang berasa geli dan loya, malah ada yang tertanya-tanya kenapa dengan gadis ini. Apa yang berlaku kepadanya sehinggakan dia tampak biasa sahaja ketika makan ayam tersebut.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan ia adalah jelmaan penanggal. Malah ada juga yang mengatakan orang yang makan benda yang berdarah ini biasanya ada saka, jin atau pendamping.
Tidak tahu apa yang dilalui oleh gadis ini sehinggakan dia boleh makan ayam mentah sebegitu. Jika gadis ini berada dalam keadaan sedar, mohon elakkan melakukan atau memakan makanan mentah seperti ini. Ianya sangat berbahaya untuk kesihatan. Namun sekiranya ada sesuatu yang berlaku kepadanya, didoakan semoga kembali sembuh.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply