
Demi memenuhi permintaan suaminya, Azri Iskandar, pengarah dan pelakon berkaliber, Ellie Suriaty Omar mengakui dia sudah mengambil dua dos v.aksin C0VID 19 pada November lalu di sebuah klinik swasta.
“Azri bagitahu saya, dia sudah dua tahun memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai keberkesanan v.aksin. Jadi selepas dua tahun, dia menuntut saya untuk memenuhi permintaannya pula untuk saya ambil v.aksin.
“Apa yang boleh saya katakan, dia Azri telah bagi saya u.ltimate term dan sebagai isteri, saya tidak boleh ketepikan permintaannya itu. Dia suami saya. Ada perkara saya kena patuh,” katanya.
Jelas Ellie lagi, dari awal lagi dia bukanlah seorang yang a.nti v.aksin.
“Kalau saya a.nti v.aksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa v.aksin pun. Lagipun, dulu saya pernah jadi pramugari. Untuk terbang ke sana-sini, saya perlu ambil v.aksin-v.aksin tertentu.
“Bukan saya tidak faham perkara-perkara tentang v.aksin ini. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang v.aksin C0VID 19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana ia dibuat secara terburu-buru.
“Adakah kita ini tikus makmal?. Dan, apa yang saya suarakan ini bukanlah atas pandangan dan pendapat peribadi saya semata-mata.
“Tetapi, ia juga adalah pandangan yang disuarakan kebanyakan pakar v.irologi dari seluruh dunia. Bahkan, yang membuatkan saya pelik apabila hampir 80 peratus penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat menolak v.aksin.
Sama Macam Khairy Jamaluddin
“Saya ambil S.inovac sebab Khairy Jamaluddin kan ambil Si.novac. Kita ikut M.enteri Kesihatan lah. Dos pertama pada lewat Oktober dan kemudian, dos kedua November. Saya dapat tawaran bekerja di Sarawak.
“Orang yang dah v.aksin ke atau antiv.aksin, tiada siapa nak dijan.gkiti Covid 19. Jadi, masing-masing pun dia ada dia punya cara-cara penc egahan. Begitu juga saya semasa belum diva.ksin. Saya tak pernah kena C0vid sebab saya buat langkah pencegahan,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.
“Berbeza dengan Malaysia. Di negara ini, yang menerima v.aksin adalah sebanyak 80 peratus. Yang menolak pula hanyalah 20 peratus sahaja.
“Lagipun, pengambilan v.aksin seperti satu mandatori di negara ini kerana berlaku sekatan terhadap kerja jika kita tidak mengambilnya. Jadi, dengan hal-hal seperti ini termasuk permintaan daripada Azri, saya akhirnya setuju mengambil v.aksin,” katanya.
Sebaik sahaja lengkap dua dos v.aksin, Ellie terus terlibat dengan projek pementasan Putri Santubong The Warrior Princess yang telah pun dipersembahkan di Kampung Budaya Sarawak, pada 11 hingga 12 Disember lalu.
“Putri Santubong The Warrior Princess adalah projek pertama yang menyaksikan saya kembali semula dalam industri selepas PKP dan selepas mengambil v.aksin.
“Penglibatan saya adalah sebagai konsultan keseluruhan pementasan projek tersebut. Ia satu pengalaman yang cukup menarik. Apatah lagi apabila saya terpaksa berkampung di Kuching selama sebulan.
“Dan, saya juga seronok bekerja dengan seluruh tenaga kerja produksi dan teknikal Putri Santubong The Warrior Princess. Mereka memberikan kerjasama yang cukup baik.
“Saya juga seronok bekerja dengan Madam Jane Jian Labang selaku Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak, Encik Zaini Haji Zainuddin , Hamzah Tahir dan Masfah Brahim. Saya harap akan ada lagi projek yang seterusnya bersama mereka selepas ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ellie juga bakal bertindak sebagai jurulatih lakon filem terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram. Karya ini bakal dibintangi Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda serta Scha Al Yahya.
“Ini adalah filem kelima kolaborasi saya bersama Osman Ali sebagai jurulatih lakon. Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan L.angsuir.
“Saya teruja untuk sama-sama menjayakan filem ini. Saya kira, saya punya keserasian yang baik dengan Osman Ali. Mungkin sebab itu, dia sering mengambil saya menjadi jurulatih lakon dalam filem-filem arahannya.
“Saya juga pengarah filem, jadi ia memudahkan saya untuk faham apa yang Osman Ali cuba ketengahkan dalam karya sentuhannya.
“Andai kata saya tidak punya pengetahuan tentang filem atau lakon layar, barangkali sukar untuk saya memahami teori dan falsafah filem yang cuba disampaikan Osman Ali,” katanya.
Mengenai pengarahan, Ellie berkata, dia ada perancangan untuk menghasilkan filem tahun ini.
“Saya sebenarnya sangat teruja dengan 2022. Harap tahun ini akan bawa banyak tuah buat saya. Saya masih ingat lagi kata-kata Allahyarham Mamat Khalid, bakat seperti kamu tidak boleh disorokkan. Anda harus keluar dan memberi tenaga, pemikiran serta nilai artistik anda kepada industri. Jika tidak, ia akan menjadi sia-sia.
“Saya akan pegang kata-kata orang yang percayakan saya. Saya bersyukur kerana Mamat Khalid benar-benar menyedarkan saya akan hakikat itu,” katanya lagi
Sumber: Getaran | Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply