Akhirnya Tok Ram tampil jelaskan kenapa kumpulan Sa.Ya tersingkit selepas DSV luah rasa tak puas hati

Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mendedahkan penyingkiran kumpulan Sa.Ya pada malam Ahad lalu adalah disebabkan kesalahan pada teknik nyanyian, khususnya pada bahagian harmoni. Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata, banyak nota nyanyian yang dilantunkan oleh Sa.Ya kedengaran sumbang menerusi persembahan mereka pada malam berkenaan.

“Kumpulan Sa.Ya merupakan seorang pelawak dan bukan seratus peratus penyanyi. Saya pernah memberitahu mereka yang masa mereka akan ‘sampai’ dan ternyata, malam ini (malam konsert Gegar Vaganza 8) mereka tersingkir. Bagi saya, mereka melakukan banyak kesilapan, terutama pada nota-nota nyanyian yang sumbang dan kesalahan pada teknik harmoni,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Tok Ram berkata, Sa.Ya yang terdiri daripada Saiful Apek dan Yassin Yahya itu boleh meneruskan karier nyanyian mereka. Namun, pasangan duo itu memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar matang sebagai penyanyi.

“Hampir seluruh karier mereka berada dalam lingkungan lawak dan komedi dan menyanyi merupakan hal nombor. Bagi saya, jika mereka ingin terus menyanyi, mereka perlukan sekitar 10 hingga 15 tahun lagi untuk benar-benar bersedia. Tapi, it’s ok. Mereka boleh teruskan. Saya gembira dengan mereka kerana mereka merupakan artis yang bertanggungjawab. Setiap tugasan yang diberi dilaksanakan, walaupun tidak mencapai piawaian,” katanya lagi.

“Walaupun Kami Tak Menang, Tapi.. ” – Saiful Apek

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Saiful Apek dan Yassin (Sa.YA) akur apabila tersingkir pada minggu kelapan yang juga suku akhir. Menurut Apek, kalah menang merupakan adat pertandingan, namun kedua-dua mereka masih berbangga apabila menjadi pelawak pertama menyertai GV.

“Walaupun kami tak menang, tapi menang sorak jugalah ramai yang harapkan SaYa keluar. Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Niat kami menyertai GV adalah mahu belajar, jadi kami dalam proses belajar. Ijazah kami hingga minggu kelapan saja,” katanya.

Jelas Apek, selain menganggap penyertaan GV sebagai satu proses pembelajaran , dia juga berharap memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana. “Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana. Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” jelas Apek.

Sa.Ya menjadi bidang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G. Pada malam konsert kelapan tersebut, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.

Sumber : GEMPAK

Gara Gara GV. Alyah Pula Kena Disoal Oleh Warganet Sampai Ada Yang Tanya Tiket Untuk Tonton Program Tersebut Dan Ini Reaksi Alyah.

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti, Gegar Vaganza akan bersiaran untuk musim terbaru. Menurut Alyah, bukan semua hal yang berkaitan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS yang sebelum ini menjadi ketua juri sepanjang GV bersiaran dia perlu ambil tahu. Lebih lucu, ada juga yang pernah memintanya tiket untuk menonton program tersebut secara langsung.

“GV? Memang kerja aku ke haaa? ADOI. Setiap kali GV nak dekat ramai betol yg bertanya itu dan ini kepada diriku. Memang aku ada share kat situ ke? Sebelum ni lagilah siap suh dapatkan tiket lagi. Memanglah tokram tu kat GV tapi bukan semua benda atau pekara aku kena ambik tahu dher,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi muat naik di Instagram yang dikemas kini. Malah Alyah turut meminta untuk tidak bertanya mengenai penyanyi mana yang akan bersaing untuk musim kali ini.

“Mohon jgn tanya lagi siapa masuk GV akak Boshannnn. Kang akak yg masuk baru tahu. Tapi yg pasti akak yg akan keluar dulu sbb laki akak dalam tu (yang ini melawak ja, yang atas tu serious ok). Kau hati anda masih gusar nak tahu jugak pasal GV p call hotline Astro, sekian,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji ketawa. Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian wargamaya yang turut sama terhibur dengan kapsyen humor yang ditulis bintang berkenaan.

Sumber : Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*