Penyanyi Shahir dedah rugi RM12 juta, hanya terima kotak kosong. Rupanya ini yang terjadi

BERDEPAN ujian dalam perniagaan, penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan mengalami kerugian kira-kira RM12 juta gara-gara ditipu sebuah syarikat pembekal.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia bersama seorang rakan kongsi sebelum ini menjalankan perniagaan membekal peralatan hospital.

Bercerita lanjut kejadian yang berlaku pada Oktober 2020 itu, Shahir berkata ia melibatkan 400,000 sarung tangan yang sepatutnya dibekalkan kepada pihak hospital.

“Ketika musim pandemik kami cuba untuk menjadi pembekal kepada hospital.

“Namun ditipu dan barang yang kami terima di pelabuhan hanyalah kotak kosong.

“Pembekal produk itu tipu kami 400,00 kotak dengan jumlah anggaran RM12 juta,” jelas Shahir kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahir berkata, dia sudah membuat laporan polis dan perkara itu kini dalam proses undang-undang.

“Tindakan undang-undang telah pun diambil. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat kami dan pembekal itu.

“Kami telah dapat kesan scammer tersebut,” jelas.

Meskipun mengalami kerugian besar, Shahir bersyukur apabila dibuka pintu rezeki baharu apabila diumum sebagai juara dalam program realiti Hijrahkan Laguku yang berlangsung malam Sabtu.

Dia menewaskan Datuk Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam yang melayakkannya membawa pulang RM100,000.

“Sebelum ini saya terlibat dalam perniagaan sebab fikirkan nak cari rezeki di tempat lain tapi ditipu pula.

“Allah aturkan saya kepada rezeki untuk sertai program ini ke arah yang lebih positif. Semoga mendapat keberkatan,” ujarnya.

Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100,000

PENTAS akhir program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku musim pertama menyaksi penyanyi Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara.

Shahir, 34, memperoleh markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).

Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini bersyukur dengan rezeki tersebut dan berharap program itu akan terus menjadi platform anak muda menyebarkan dakwah.

“Pertamanya terima kasih TV AlHijrah. Tak tahu ada hadiah sebagai ganjaran. Tapi bersyukur.

“Moga jadi juara kepada pendengar. Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah,” ujarnya.

Kemenangan itu melayakkan Shahir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Manakala ketiga-tiga peserta akhir lain menerima RM20,000 setiap seorang.

Pada malam final itu Shahir menyanyikan lagu berjudul Madahku, inspirasi lagu asal Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain serta lagu duet Perjalanan Jiwa bersama Datuk Nash

Bagi Anugerah Sawa’ Assabil pula dimenangi oleh Iwan Syahman dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 yang akan diwakafkan.

Markah peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri profesional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Manakala 20 markah daripada undian penonton.

Pentas akhir yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris Ahmad.

Program terbitan saluran TV Al Hijrah ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*