“Sis dada tu milik suami you, jangan kasi orang tengok lah” ini kata-kata isteri Caprice selepas ditegur netizen

Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis pelik apabila ada segelintir netizen yang terlalu lantang menegur tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Berkongsi luahan hatinya di Instagram Stories baru-baru ini, Farra mengakui ramai yang cuba mengambil alih tugas malaikat hingga leka dengan khilaf sendiri.

“Ramai yang nak ambil tugas malaikat Raqid dan Atid, mencatat amalan baik dan buruk manusia. Bila diri sendiri rasa hebat dan sempurna macam inilah rupanya. Menghina mencaci maki orang macam tak ada agama.

“Tak malu guna ayat kesat bagi publik baca, sibuk pasal hidup orang sampai masalah sendiri tak nampak. Tak apa kita doa yang baik-baik saja, biasanya orang macam ni ada banyak masalah hidup dia, tak rasa puas atau syukur dengan apa yang ada,” katanya yang memilih keputusan untuk banyak berdiam diri.

Tegasnya, berdiam bukan bermakna salah atau takut tapi lebih selesa untuk memohon keampunan dari Maha Pencipta.

“Diam bukan takut, bukan salah. Sebab aku tak ada dosa dengan manusia, dosa aku dengan Dia. Aku minta maaf.

“Tapi korang duk kecam ni, kalau aku tak maafkan kasihan tak pasal-pasal nak kena cari aku kat Padang Mahsyar nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa Elis memuat naik sepotong video mempromosikan produk di Instagram.

Namun, video terbabit dihujani komen-komen negatif dan nakal daripada netizen termasuk menegur penampilan Elis yang mendedahkan sebahagian dadanya.

“Sis dada tu milik suami you, jangan kasi orang tengok lah.

“Dada tu cover sikit, aku bukan nak jadi ustazah tapi kau yang minta orang kecam kau. Ingat kau seorang je ke ada dada? Orang lain pun ada, tapi tak ada tayang sana sini. Malulah sikit.

“Jual produk ker jual aurat? Bukan alasan bagi free show di media sosial, kalau semua orang boleh tengok apa keistimewaan suami you? I doakan you kaya, supaya boleh beli butang baju.

“Nanti depress kena kecam, masuk hospital. Pastu salahkan netizen.

“Mulut orang memang tak boleh tutup, tapi baju kita sendiri, kita boleh tutup molek-molek kak,” tegur beberapa pengguna media sosial.

Untuk rekod, pada pertengahan November 2021, Caprice membuat kejutan dengan mengumumkan yang dia telah mendirikan rumah tangga bersama Elis.

Isteri Pengs4n, Masuk Hospital Tertekan Dengan Netizen Puaka, Caprice Mohon – “Serang Saya, Bukan Dia…”

Terdahulu Penyanyi rap, Caprice memohon netizen berhenti memberikan komen-komen melampau terhadap isterinya, Farra Inalis.

Caprice menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga memaklumkan Farra kini berada di hospital selepas pengsan akibat terlalu tertekan dengan situasi tersebut.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya. Sejak perkahwinan kami, isteri saya telah kehilangan privasi dan seringkali diserang kerana penampilan seksinya.

“Mungkin disebabkan stress dan juga menerima tekanan selepas menjadi isteri saya, dia akhirnya pengsan,” maklumnya.

Kata Caprice lagi, jika ada orang yang patut dipersalahkan, dialah orangnya bukan isterinya.

“Jangan serang dia, hanya serang saya. Saya lah yang ‘berjihad’, yang bina aplikasi untuk ummah, mempertahankan Jurusalem dan saya jugalah yang merupakan imam kepada masjid saya.

“Jika ada seseorang yang gagal, dia ialah saya. Luahkan semua kepada saya tetapi tolonglah bukan keluarga saya,” coretnya.

Caprice sebelum ini membuat kejutan apahila mengumumkan telah mengahwini Farra iaitu seorang usahawan dan juga personaliti media sosial.

Farra juga merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu.

 

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*