
Umum mengetahui penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022. Namun siapa sangka, Heliza sebenarnya merupakan gadis idaman yang diimpikan oleh jutawan perniagaan itu sejak tahun 2019.
Menerusi posting di Instagram, anak kepada presiden UMNO, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Mahadi suatu ketika dahulu. “Semua sudah tertulis. Dapat jugak dia ‘dream girl’ dia sejak 2019 dia ‘teropong’ dari jauh”- dedah Nurul
Tambah Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul, dia sudah memperkenalkan ramai calon isteri kepada Mahadi namun, sudah ditakdirkan bahawa Heliza adalah jodoh terbaik buatnya.
“Kenalkan dengan ramai jugak tapi dia nak jugak DREAM GIRL dia sampai dapat. Owhh well. Alhamdulillah dapat dah!”- kata Nurul lagi. Mengejutkan, Heliza sendiri pun tidak tahu menahu tentang kisah suaminya yang mendambakan dirinya sejak sekian lama.
Heliza cakap “…Kak Longggg.. tak tahu pun pasal ‘dream girl’ tu. Satu Malaysia tahu dah..”Tu la yg special. Dia tahu apa yg dia nak. Gitewwwwww…tulisnya di ruangan kapsyen. Menerusi hantaran itu, rata-rata peminat dan rakan artis teruja dengan kisah cinta dan impian suami Heliza dan mendoakan agar mereka berdua sentiasa berbahagia hingga ke akhirnya.



Ramai yang tak suka dengan imej suami Heliza Helmi. Rupanya ada kisah pasal janggut Datuk Seri Mahadi
Masih ramai lelaki di luar sana yang tak boleh move on dengan berita perkahwinan Heliza Helmi ke? Sabarlah gais, bunga bukan sekuntum ok! Tapi sebenarnya, ramai lagi yang tak boleh move on tengok janggut mencecah paras perut milik suami pilihan hati Heliza ni. Korang ni biar betul?
Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebenarnya adalah seorang usahawan berjaya yang bergelar jutawan dan cukup aktif berkongsi ilmu kepada orang ramai dalam bentuk video pendek.
Imej janggut yang lurus milik Mahadi sememangnya menjadi sesuatu yang unik untuk orang mengenalinya selama ini. Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad, masih ramai juga yang mungkin tidak mengenali beliau sehingga mengutuk imej tersebut.
Ada juga yang mempersoal mengapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami.
Why him Heliza why?
Mahadi sudah 17 tahun simpan janggut
Melihat pada perkongsian seorang pengguna TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan Mahadi telah menyimpan janggutnya itu sejak 17 tahun yang lalu. Ahli perniagaan dan jutawan dari Pulau Pinang ketika itu baru berusia 22 tahun.
Dia punya janggut orang lain pula nak rimas
Apapun hentikanlah kutukan terhadap imej orang lain. Kita tidak layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk orang lain. Bagi kami komen sampai persoal kenapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami sudah agak melampau dan tidak sepatutnya dipersoal.
Kita doakan sahaja agar masjid yang dibina mereka berdua kekal hingga ke syurga, Amin.
Majlis resepsi dipenuhi ilmuwan, alunan zikir dan tazkirah, netizen puji Heliza Helmi dan suami
Selepas selamat bergelar isteri, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam majlis resepsi di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur malam tadi.
Tampil dengan busana sedondon berona merah jambu, para tetamu undangan pasti tldak lekang dari melihat pasangan merpati dua sejoli itu yang manis duduk di atas pelamin.
Berdasarkan beberapa perkongsian warganet di laman Facebook, difahamkan aturcara majlis tersebut dipenuhi dengan alunan zikir, selawat dan ayat suci al-Quran serta persembahan nasyid.
Tldak cukup dengan itu, para tetamu juga terdiri daripada golongan ulama dan agamawan selain sesi tazkirah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Wadi Anuar.
“Tahniah kepada kedua mempelai, Heliza dan suaminya. Apa pun tenang tengok kedua mempelai ni dan paling best tetamu yang datang orang orang hebat. Berkumandang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
“Dan sedikit majlis ilmu dari Ustaz Wadi Anuar. Subhanallah. Pemakaian pengantin perempuan pun sejuk mata memandang,” tulis seorang pengguna Facebook, Siti Sharmilah Kamil.
Rata-rata warganet memuji konsep majlis penuh bermanfaat itu serta tidak lupa mendoakan agar hubungan Heliza dan suaminya kekal bahagia hingga ke syurga dan diredhai Allah SWT.
Jom kita ‘usha’ koleksi foto pengantin baharu hasil perkongsian dua orang jurugambar, @aqo_imran dan @nb.co_ di laman Instagram. Sejuk mata memandang.
Heliza atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi sah menjadi isteri kepada jutawan berkenaan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu lalu.
SUMBER
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply