Seminggu 3-4 kali bersama tu pa dia? pernah tengah malam suami kejut, aku tak bangun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Saya seorang ibu ada 2 orang anak. 2 kali keguguran. Short story, saya ni jenis bergaya dan jaga penampilan diri juga.

Maksudnya, walaupun saya ada anak kecil yang aktif sangat sangat tapi yess, saya still jaga anak anak dengan baik. Penampilan saya pun takdelah macam kak limah. Kisahnya suami saya ni jenis baran dan berangin. B4ran teramat sangat, memang dulu lagi teruk sekarang dah ada perubahan sikit, saya ni saja bertahan.

Selalu kami bergduh bila dia tak dapat ‘bersama’. Benda ni private sangat tapi saya terpaksa luah sebab nak tahu saya ke bersalah? Dalam seminggu 3-4 kali kami akan bersama.

Cuma kadang kadang ada masa saya terlalu letih sampai tidur tak sedar apa. Sebabnya anak saya yang kecil tu sangat aktif dan tak diam seminit pun. Siapa yang jaga anak kecil dia tau lah rasa penatnya macam mana. Kalau tak, tak adalah kes ibu yang depresi and burn out.

Baru ni dia marah marah sebab gerak saya tidur tengah malam saya tak bangun. Saya memang lemah rasa lesu sangat2. Sedangkan baru malam sebelum tu dah bersama. Saya minta maaf laa esoknya, dan saya cakap saya letih sangat sangat.

Tapi dia baling kerusi, dia memang jenis tu, kalau dah naik angin segala benda nak rosakkan. Dia cakap tak boleh bagi alasan anak. Ya Allah, saya cakap laa ni bukan alasan.. saya memang letih sangat sangat. Tapi dia still cakap tu alasan.

Lastly saya geram saya katalah, “tak pa one day duduk la try jaga anak anak boleh tak bertahan tanpa rasa stress. Jangan senang senang kata saya bagi alasan”. Lepas tu dia marah kata saya menjawab, kata saya tak mengaku salah sedangkan awal awal saya dah minta maaf tapi dia yang tak puas hati lagi.

Lagi saya geram, dia cakap yang kes lelaki cari perempuan lain sebab ini lah. Tak hairan pun sebab bukan salah lelaki tu saja kalau dah bini takdak function.Allahuakbar, saya sedih, hati saya kecewa, remukkk. 4x aku mengandung tu anak siapa??

Seminggu 3-4 kali brsama tu apa dia? Lainlah kalau aku langsung tak melayan. Tapi aku ni manusia, seorg ibu bukannnya tongkol kayu. Ada masa aku letih, aku penat. Lepastu dia cakap laa lepas ni nak bagi aku pulak drive cari rezeki biar aku rasa penat macam mana.

Seolah olah nak perli laa sebab aku kata nak bagi dia rasa letih jaga anak macam mana. Seriously aku cakap, aku rasa nak tunggu anak besar sikit jaa. Kalau macam ni perangai jangan hairanlah kalau 1 day aku dah rasa ‘tawar hati’.

Saya ni bukan duduk saja dekat rumah tau, sambil jaga anak saya berbisnes online, saya cari online partime job. Saya buat homemade food tempahan nasi dan sebagainya nak cari rezeki sama sama untuk keluarga.

Sebab nak harap dia sorang memang tak mampu. Tapi dia still tak nampak pengorbanan saya. Alih alih sebab isu ‘bersama’ tu habis dia buat saya macam sampah. M4ki ikut dan, menangis ni tak tahulah dah berapa kali terasa dengan kata kata kesat dia. Entahlah…

So saya ke bersalah? Betul ke saya ni isteri tak guna yang tak jaga batin suami? Serius saya nak tahu kalau betul, saya akn perbaiki betul betul (walaupun saya sendiri tak tahu macam mana).

Sebab sekarang dalam fasa membesarkan anak kecil yang baru belajar berjalan dan sangat aktif. Kekuatan saya sekarang hanya anak anak dan Allah sahaja.

Pesanan saya buat para lelaki di luar sana, jadilah suami yang ada EMPATHY. SEKIAN. Assalamualaikum.

Antara Reaksi Reaksi Warganet.

Nur Atikah Fdl – Bukan apa puan, suami puan macam mindset dia fikir, asal isteri kena layan nfsu dia. MEMANG betul hak dia sebagai seorang suami. Dan memang ada hadith khusus mengenai seorang isteri yang menolak ajakan suami.

Bagi saya, Org jenis b4ran ni ub4t dia satu je. Kita kena baran balik dekat dia.. Tu je ubatnya. Sebab kalau tak mampu memang mental lah jawabnya sebab asyik nangis.

Nurul Najwa Abdul Karim – Kalau bisnes awak tu buat awak tambah penat, awak stop bisnes tu dah fokus layan suami dan anak.

Takde kewajipan kita ni wanita untuk cari duit pun. Tapi selagi bergelar isteri, wajib layan suami. Pendapat saya ni mungkin nampak macam menyebelahi suami bukan diri awak yang kepenatan itu.

Tapi cuba check balik apa yang buat awak penat extra, so hentikan benda tu. Jaga anak tu dah tanggungjawab tak boleh buat apa. Tak boleh nak sub kan kepada orang lain.

Itu role kita sebagai ibu. Tapi carik duit definitely bukan role kita kan? So stop it. Fokus je pada benda yang wajib. Kecukupan tu Allah beri jika dedua suami isteri saling melunasi hak masing masing. Nak fikir dengan AKAL memang takkan mampu sebab kita jenis berkira kira.

Bila suami tak puas hati dengan layanan istri, istri rasa suami tak mampu mnafkahi, memang haru birulah hidup kita. Buat apa serba tak kena. Duduklah dan renungkan semula. InsyaAllah dapat penyelesaiannya.

N Shahida Bidin – Jawapan : tak salah.

Cadangan penyelesaian : berhenti berniaga online. Set perjanjian. Kalau nak, kena bagitahu awal supaya satu hari tu jangan buat kerja rumah.

Kalau dia membebel rumah lintang Pukang, ajak dia bersama pulak. Kedua, jangan tunggu dia ajak. Awak pulak demand nak on bila. Dia pun berlagak je boleh on hari hari. Entah entah nak buat alasan kawen lain.

Bagilah dia kahwin lain. Tapi, standby dekat awak serba lengkap dulu – rumah, kereta, duit. Dia baling barang, rakam senyap senyap. Pastu simpan dengan seseorang yang awak percaya. Sampai masa, kalau perlu boleh guna semua bukti untuk percepat proses perceraian.

Yesmina Butik Bmc 

1. Daftar diri utk kaunseling keluarga. Pastikan dia kena pegi sekali. Kalau dia tanya kenapa cakap dengan poker face (muka takde perasaan) yang dialah punca ko depress.

2. Stop semua kerja yang membantu ekonomi. Cakap dengan dia semua beban ekonomi sekarang atas bahu dia. Since dia persoal tugas ko layan dia, sila tala semua tugas dan tanggungjawab dia cukupkan nafkah keluarga pada dia semula.

3. Cakap dengan dia “if you expect me to entertain u 7x seminggu tanpa gagal, then provide me a daily maid”

4. Paling penting, pakai contraceptive yang paling bagus. Rancang sendiri tu semua persetankan.

Dont risk your life dengan lelaki macamni, jaga anak memang penat tau tak. Mentally and physically. Selagi ko asyik fikir semua salah ko, dia lelaki takde masalah, ye selagi tu ko akan depress dan penat.

Dan dia, ewah ewah sedap je tuntut hak dia, pastu petik butang superiority sebagai suami.

Man, orang penyabar sangat memang selalu kena buIi tau tak kak? Ko kena tunjuk yang ko pun tahu “kawin ni bkn all about hak suami je” k.

 

Sumber: keluargabahagiafun

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*