Tidak putus asa berjuang melawan s4kit, ramai tak percaya Elyana pulih kans3r. Elyana kongsi identiti doktor yang bantu merawat selama 10 tahun

” Saya pernah putus asa untuk berjuang. Saya selalu cemburu dengan kesihatan orang.”

Itu luahan Elyana yang gembira apabila tubuhnya akhirnya kembali sihat seperti orang lain dan perkara itu telah diimpikannya selama bertahun-tahun.

Derita penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu, berakhir apabila beliau disahkan bebas dan sembuh daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Selama ini, Elyana tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali berputus asa berjuang melawan kesakitan yang ditanggung lebih sedekad ketika berdepan ujian penyakit itu.

” Tak dapat digambarkan perasaan gembira. Sudah terlalu lama tidak rasa gembira apabila tubuh kembali sihat.” ujarnya.

Allah Mendatangkan Pelangi

Baru baru ini, Elyanasekali lagi berkongsi dengan orang ramai mengenai status kansernya. Dalam penulisannya, beliau menyatakan bahawa Allah telah mendatangkan pelangi yang telah lama hilang. Keputusan imbasan sangat mengagumkan apabila kanser itu hilang.

” Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Dedah Identiti Doktor

Bukan itu sahaja, beliau turut menzahirkan rasa syukur, berterima kasih dan mendedahkan kepada umum identiti doktor yang telah merawatnya selama 1O tahun, cuba menangani penyakit tersebut.

” Alhamdulillah…Inilah doktor saya selama 1O tahun saya sakit. Dr Haris. Terima kasik doktor.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Perkongsian itu mendapat reaksi daripada rakan artis dan wargamya. Ramai yang bersyukur dan memuji tahap kesabaran dan ketabahan Elyana dalam berjuang melawan kanser. Syabas!

Sebelum ini, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat apabila tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, beliau menghidap kanser sejak tahun 2O1O dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.

Kanser itu juga menyerang dan merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.

 

Sumber : muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*