
Sebelum ini tular di media sosial tentang seorang usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan atau lebih dikenali sebagai Sha Hasan sedang mencari Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ untuk menghadiahkannya sebuah kereta.
Perkara tersebut mendapat liputan meluas dan pelbagai reaksi netizen. Ramai yang katakan ‘hadiah’ yang ingin dia berikan pada Abang Viva semata mata marketing.
Perkara ini telahpun usahawan itu jelaskan bahawa pemberian dia kepada Abang Viva adalah ikhlas dan bukan untuk tujuan marketing.
Usahawan telah jelaskan niat sebenar sebelum ini
“Bismillahirahmanirahim.. Harap penjelasan sy dapat clearkan segalanya. Sy dengan rendah diri memohon maaf jika posting atau tindakan sy membuatkan segala kekecohan.
“Dari awal niat saya ikhlas & x lain x bukan untuk memberikan sedikit sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang. Sy harap selesai disini & sekali lagi sy mohon maaf. InsyaAllah jika ada rezeki esok sy akan berjumpa dgn abg viva. Doakan yg terbaik
VIDEO
Ini kata kata usahawan wanita selepas berjumpa dengan Abang Viva
“Sy mintak izin dengan abg Azwan Omar untuk record video ni supaya dapat clearkan pada netizen yg mengecam & berbuat pelbagai andaian yg kedua dua pihak antara sy & abg viva sangat okay, x de masalah. Kami enjoy je
“Seronok dengar kisah abg viva ni share. Kami usik mengusik dia, dia senyum je. Sy terdetik dalam hati.
“Bijaknya percaturan Allah sehingga melorongkan pelbagai rezeki untuk beliau kerana keikhlasannya sejak 2010 menggalas tanggungjawab yg sangat besar, menjaga orang tuanya & dua anak yatim (anak saudara beliau) dan sekarang membantu orang ramai tanpa hiraukan apa sahaja halangan.
“Tak ada apa pun dari sy sendiri, memamg dia layak dapat penghargaan. Rezeki orang baik SubhanaAllah. Semoga abg viva terus dimewahkan rezeki Amin
VIDEO
Abang Viva dedah ada satu sebab kenapa dia tidak akan sesekali terima sekiranya ada yang nak bagi hadiah
Wira banjir, Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menolak sebarang pemberian sumbangan jika ia bertujuan menjadikan dirinya sebagai alat mempromosikan sesuatu barangan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, menurutnya, beliau hanya akan menerima sumbangan daripada mana-mana individu atau syarikat yang memberikan secara ikhlas tanpa sebarang syarat.
“Kalau nak bagi ikhlas, insya-Allah saya akan terima. Jika nak bagi untuk mempromosikan sesuatu barangan memang saya tak nak.
“Saya menolong mangsa banjir di Puchong dan Shah Alam, Selangor serta Temerloh, Pahang bukan minta simpati atau menagih kereta baharu atau sebagainya. Saya buat ini adalah ikhlas kerana ingin menolong mereka dalam kesusahan.
“Saya juga tidak mahu dijulang berlebih-lebihan, cukuplah mangsa banjir mengucapkan terima kasih itu sudah memadai. Saya cukup selesa dengan kehidupan sekarang serta kereta Perodua Viva yang saya miliki,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pengkalan Indah dekat sini.
Kisah ‘Abang Viva’ tular dan mendapat perhatian dalam media sosial sehingga ramai yang ingin memberi dan menawarkannya hadiah, memandangkan jasa yang ditumpahkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Paling mencuri perhatian, apabila beliau yang menggunakan kereta Perodua Viva membawa sebuat bot getah di atas bumbung serta enjin bot lapan kuasa kuda jenis Mercury.
Azwan dilaporkan hanya berbekalkan wang tunai sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta manakal RM30 lagi bagi membeli makanan buat mengalas perut.
Azwan yang baru pulang daripada menolong mangsa banjir di Temerloh mengakui, pihak Perodua ada menghubunginya sewaktu berada di Shah Alam, tetapi tidak ada sebarang perbincangan diadakan.
Jelasnya, dia turut dihubungi seorang usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan yang ingin menghadiahkannya sebuah kereta untuk kegunaan peribadi sebagai tanda terima kasih atas pengorbanannya.
“Saya belum buat sebarang kata putus sewaktu mereka menghubungi kerana ketika itu saya sedang membantu mangsa banjir. Tengoklah dalam beberapa hari ini jika mereka menghubungi semula saya,” katanya.
Azwan yang juga anak bongsu daripada empat beradik memberitahu, menyelamatkan mangsa banjir adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Saya puas hati kerana usaha datang dari Melaka ke Puchong yang pada mulanya untuk membantu kakak tidak sia-sia. Ia menjadi titik tolak untuk turut menolong beberapa mangsa lain di Taman Seri Muda,” jelasnya.
VIDEO
Sumber: Sha Hasan | Utusan | Kosmo
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply