
Kuala Lumpur: Suami pelakon Anita Baharom iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan mn1ngg4l dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.
Anita ketika dihubungi berkata, dia menyedari perkara itu selepas suaminya tertidur dan tidak memberi respons apabila dikejut.
“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.
“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.
“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya kepada Harian Metro.
Anita juga memaklumkan suaminya memiliki sejarah penyakit kencing manis.
“Dia ada sakit kencing manis, tapi dia benar-benar menjaga kesihatannya. Sebelum ini pun, dia dalam keadaan baik dan boleh bekerja. Antara acara yang membabitkannya baru-baru ini adalah Konsert A Night With Aina Abdul.
“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kem4t1annya,” katanya.
Ditanya mengenai proses pengurusan jenazah, Anita berkata, semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid.
“Dia selalu bergurau mengenai kem4t1an. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia men1ngg4l dunia, kebumikan di kawasan tempat dia mn1ngg4l dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid.
“Setakat ini, saya tak tak dapat pastikan lagi kawasan tanah perkuburan mana yang akan menjadi tempat persemadian terakhirnya sebab ada beberapa kawasan yang berhampiran. Saya akan maklumkan nanti,” katanya.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad
Dhia Iskandar.
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply