
SELEPAS pulang bercuti dari Turki, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dijangkiti Covid-19. Menurut Aliff, 34, doktor mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.
“Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 stage 3 melibatkan paru-paru saya. Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
“Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.
“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” katanya.
View this post on Instagram
Aliff berkongsi mengenai keadaan kesihatannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.
DATIN SHAHIDA CERITAKAN APA YG TERJADI
Tak berenti2 saya dapat whatsapp dan dm bertanya ttg keadaan suami @aliffsyukriterlajaklaris …. Ya dia positid covid dan ditahan di hospital sejak 4 hari lalu kerana ada infections pada paru2…keadaan nya semakin baik….
semasa di turki kami buat test PCR sebelum balik negatif,masa di KLIA juga hasil swab pun negatif…selepas 3 hari dia demam teruk sampai tak boleh bangun….bila buat test di hospital dia disahkan positif….
Bernasib baik sebab sebelum tu kami ambik insurans yg boleh cover jika terkena covid stage 3 -5 …..kalau stage 1-2 mmg kuarantin di rumah sahaja…
Masa dia demam hari pertama saya dah suruh buat test dia degil kata dah buat negatif…sampai dah x larat bangun dan nak pitam baru la dia ke hospital sendiri sebab dah tak tahan sakitnya…pesanan utk anda kalau demam buat la swab covid ya…kita tak tahu sebab virus tu tak nampak…
Apapun keadaan dia dah kembali pulih dan sihat….doaka juga kami sekeluaga,dan kita semua…terhindar dari covid ..terima kasih sahabat,jiran,followers yg ambil beray dan mendoakan kami.
View this post on Instagram
Melalui Instagram Datin Shahida, beliau turut memaklumkan bahawa keputusan c0vid telah diterima dan dia positif.
“Ramai menanti.. Baru dapat result ptg ni.. kontak rapat kan.. saya pun positif juga.. Alhamdulillah anak2 semua sihat.. Doakan saya cepat sembuh.. kiranya saya kena kuarantin balik semula kan 10 hari atau saya sambung je kuarantin tu??
Sumber : mstar | Nur Shahida (IG)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply