Sempat jumpa tuan semula lepas bnjir sebelum kucing kesayangan pergi buat selamanya undang rasa sebak netizen

Ketika banjir melanda, haiwan-haiwan peliharaan turut menjadi mngsa apabila terpaksa berusaha menyelamatkan nyawa susulan air naik mendadak.

Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing yang biasa dipelihara di rumah juga berlari menyelamatkan diri dan kebanyakan tuan kepada haiwan tersebut tldak dapat menyelamatkan mereka berikutan pergerakan terbatas.

Terpisah 5 hari akibat banjir

Oleh itu, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aziah Lia, dia telah memuat naik momen bapanya bertemu semula dengan kucing peliharaan selepas 5 hari berpisah.

Menurut Aziah, kucing kesayangan bapanya berada dalam keadaan selamat apabila sempat berlindung di atas siling rumah namun ditemui lemas susulan tldak makan sepanjang air banjir menenggelamkan kediaman.

“Alhamdulillah kucing Aboh selamat..5 ari terperangkap dlm banjir tak makan tak minum..Baru dapat msuk umh setelah terputus hubungan beberapa hari. Aboh pencinta kucing,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, nyawa tak panjang

Dapat dilihat warga emas itu menangis sambil memeluk kucingnya yang terputus hubungan beberapa hari akibat banjir. Dia juga segera mencari makanan dan minuman untuk kucingnya yang sangat lemah kerana tldak mempunyai tenaga.

Mereka juga telah membawa kucing yang berusia 18 tahun itu ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan memandangkan keadaannya sangat lemah. Namun, ternyata nyawa kucing tersebut tidak panjang dan telah pun mati.

“Setelah 18 tahun bersama keluarga kami,akhirnya. Opisusu pergi jua. Aboh kuat,Aboh tabah dan Aboh redha dgn pemergian Opisusu,” tulis Aziah Lia.

Hanya pencinta haiwan yang memahami perasaan tuannya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakan warganet berasa sedih melihat nasib kucing berkenaan. Mereka juga sedih apabila kucing yng dikenali sebagai Opisusu itu hanya sempat melihat tuannya kembali bertemu dengannya selepas beberapa hari terpisah sebelum matl di klinik setelah menerima rawatan.

Berjuang hidup untuk jumpa tuan sebelum pergi jua

Pernah alami perkara sama

 

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*