Mohon maaf pada semua, Alif Syukri bimbang umur tak panjang. Terkini sudah tahap tiga

Usahawan popular, Datuk Aliff Syukri memohon doa orang ramai selepas dia telah disahkan dijangkiti virus C0vid19 tahap tiga.

Aliff yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital membuat pendedahan tersebut menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, termakan sengaja atau pun tidk.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah.

“Rasa lega sudah mohon maaf pada semua, takut umur saya tidak panjang,” tulis Aliff dalam Instagramnya.

Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu dia kini dirawat di hospital kerana vlrus tersebut sudah sampai ke bahagian paruParunya.

“Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangklti C0vld tahap tiga melibatkan paruParu saya. Saya telah ditahan di wad hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai,” tulisnya lagi.

Aliff yang baru sahaja pulang daripada percutian di Turki bersama keluarganya baru-baru ini telah di masukkan ke hospital sejak semalam.

Sementara ahli keluarganya yang lain hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa sedihnya apabila resort miliknya, Sugeh Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang hampir musnah dalam musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sebelum ini.

Ketika kejadian banjir tersebut, Aliff sedang bercuti di Istanbul, Turki.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*