Ketika Nabil Ahmad sedang bantu kawasan b4njir, cermin kereta kereta diketuk. Terkejut semua bila dengar pemintaan mngsa

Kuala Lumpur – I.nsiden tingkap kenderaan diketuk m.angsa b.anjir yang kelaparan ketika menyertai misi bantuan sekitar Hulu Langat, Selangor tidak mampu dilupakan pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad sampai bila-bila.

Berpeluang melihat depan mata keadaan kawasan yang ditimpa m.usibah, Nabil gagal membendung air mata, malah, timbul keinsafan dalam diri dengan kekuasaan Allah.

Melihat kanak-kanak yang terpaksa duduk di luar rumah, hati Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2009 itu bertambah sayu.

Kebanyakan rumah diliputi lumpur tebal sehingga ke paras lutut, jadi apa pilihan m.angsa b.anjir selain terpaksa duduk di luar rumah. Keadaan tidak ubah seperti gelandangan.

Menceritakan i.nsiden yang tidak mampu dilupakan, Nabil berkata, dia dan rakan-rakannya dalam perjalanan menghantar makanan tersentak apabila tingkap kereta diketuk ketika kenderaan berhenti a.kibat kesesakan lalu lintas.

“Ketika sedang melintasi satu kawasan perumahan, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki diketuk m.angsa b.anjir. Apabila membuka tingkap, mereka terkejut melihat saya.

“Seorang lelaki bertanya adakah kami mempunyai bekalan makanan yang boleh dimakan dengan segera kerana penduduk sudah kelaparan a.kibat tidak menjamah sebarang makanan sejak semalaman.

“Secara kebetulan, kami membawa 400 bungkus nasi untuk dihantar ke kawasan lain. Namun, disebabkan tidak sampai hati melihat keadaan lelaki berkenaan, kami singgah di taman perumahannya untuk mengagihkan makanan. Di situ, ada kira-kira 60 rumah yang belum mendapat apa-apa bantuan,” katanya.

Pengacara program Gegar Vaganza dan MeleTOP itu berkata, sebelum ini, salah seorang sahabatnya menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp daripada penduduk taman perumahan yang terletak di Batu 10, Hulu Langat yang mengadu bantuan tidak sampai disebabkan kedudukan rumah jauh ke dalam.

“Mereka mengadu kehabisan susu, lampin pakai buang, malah duit pun tiada untuk membeli barang keperluan. Ketika sampai, pasukan kami diserbu.

“M.angsa b.anjir berebut-rebut mengambil barang. Melihatkan keadaan ini hati saya sangat sedih, tidak dapat dibayangkan sekiranya berlaku kepada ahli keluarga saya.

“Pada masa sama, ia pengalaman yang menginsafkan. Saya teringat potongan ayat dalam al-Quran dan pesanan disampaikan Nabi Muhammad SAW yang kini satu persatu mula berlaku. Ada kalanya saya terfikir adakah masanya sudah tiba,” katanya.

Namun, katanya, hati bertambah sayu melihat kanak-kanak berada di luar rumah selepas rumah ditenggelami lumpur.

“Keadaan mereka tidak ubah seperti gelandangan. Saya sebak kerana keja.dian ini berlaku di negara kita,” katanya yang mula memasuki kawasan Hulu Langat bagi membantu seorang teman kumpulan T.abligh yang diuji apabila kediamannya musnah akibat banjir, Sabtu lalu.

Melihat teman yang dikenali sebagai Talha yang cukup tabah berdepan ujian, meskipun kini tinggal sehelai sepinggang Nabil amat mengaguminya.

Katanya, sahabatnya itu bukan sahaja masih mampu mengukir senyuman, malah sempat menghulurkan tenaga membantu m.angsa lain yang terjejas a.kibat b.anjir.

“Talha tinggal di kawasan Sungai Serai. Seperti diberitahu, kawasan ini sudah hampir 13 kali dinaiki air, tetapi tidak pernah set.eruk apa yang berlaku, minggu lalu.

“Malam Jumaat pula elektrik terputus. Talha terpaksa bergelap dan anaknya pula menangis dengan kuat. Namun, saya kagum dengan semangatnya. Baginya, ujian dihadapi kecil, walaupun rumahnya musnah dalam m.usibah b.anjir ini. Dia masih boleh tersenyum dan sempat membantu orang lain,” kata Nabil.

Selain itu, Nabil mengagumi kegigihan rakan baiknya yang juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera yang gigih mengumpul dan mengedarkan barangan keperluan kepada m.angsa b.anjir dalam kesibukan tugasannya.

Katanya, dia tidak mampu menjadi segigih Shiera yang sanggup bersusah payah menjadikan rumahnya sebagai hub meletakkan barang b.antuan m.angsa b.anjir.

“Saya tabik dengan Shiera. Bayangkan bukan setakat mengumpulkan barang, tetapi dia dan suami menghantar sendiri barang keperluan. Malah, Shiera akan keluar membeli keperluan yang tidak mencukupi.

“Cara Shiera mengendalikan barang keperluan dihantar ke rumah juga wajar dicontohi. Dia tidak kisah menjadikan rumahnya sebagai hub mengumpulkan barang bantuan. Malah, Shiera masih sempat turut turun padang mengagihkan barangan biarpun sibuk dengan kerja.

“Saya menyertai pasukan Shiera. Apabila ke rumahnya mengambil barang untuk dihantar kepada m.angsa b.anjir, saya lihat caranya bekerja memang mengagumkan.

“Dia sanggup mengumpul dana membeli keperluan yang belum cukup, malah, saya percaya Shiera juga banyak menggunakan wang sendiri untuk membeli barang,” katanya.

Nabil berharap, nasib m.angsa b.anjir akan lebih terbela kerana bukan mudah untuk membina semula kehidupan yang ranap.

“Saya yakin kos yang perlu ditanggung m.angsa b.anjir bukanlah sedikit jika harta benda r.osak dan h.ancur,” katanya.

 

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*