
KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkaki ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banjir di Mentakab, Pahang mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamya.
Seperti yang diceritakan pelakon Azhan Rani, 45, wanita berkenaan berlari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi bantuan banjir di Kampung Batu Kapor Bawah 6 di Mentakab, Pahang.
” Saya nak kongsikan sikit satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tempat ni agak jauh ke dalam sikit berbanding rumah lain yang juga alami kerosakan teruk akibat banjir yang hampir sampai mencecah ke bumbung.”
” Nampak makcik tudung biru ini berlari berkaki ayam tak hirau dah apa yang dia pijak.”
Wanita warga emas tersebut datang berlari ke arah mereka untuk mendapatkan bantuan banjir.
” Masa ni saya baru nak alihkan kereta nak cari parking, mungkin dia ingat kami nak gerak pulang sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun,” tulis Azhan di Instagram.
Tambah Azhan, dia sendiri merasa sayu tatkala melihat keadaan rumah wanita berkenaan yang musnah akibat banjir baru-baru ini.
” Rumah dia kat belakang lagi dari kawasan becak tu. Setakat semalam belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia hancur musnah roboh akibat banjir, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.”
” Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik redah air paras dada masa nak selamatkan diri haritu… tiada harta benda yang dapat diselamatkan.”
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.
“Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.
“Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.
Azhan dan kumpulannya menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk di sekitar Kampung Batu Kapor.
“Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.
Selamat berbakti sukarelawan2 prihatin. Masih ramai yang perlukan anda di luar sana. Maaf kami kena berhenti dulu di sini. Kemampuan kami sangat terbatas dan ruang masa sangat tak mengizinkan buat kami. Kami support dari belakang. Kita bantu mana yang mampu walaupun hanya dengan sepotong doa.
Sumbangan yang kami sampaikan jauh lagi dari mencukupi buat mereka semua. Aku percaya dalam pedalaman sana pasti banyak lagi yang sedang memerlukan bantuan. Semoga ada usaha2 berterusan dari pihak lain membantu mereka.
Jadikan musibah ini asbab eratnya muhibbah kita.
Moga nanti kita jumpa semula senyuman malaysia yang dah lama hilang.
Azhan Rani
Meninjau pada ruangan komen perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan.
“Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.
“Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur. Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong mangsa banjir yang sangat memerlukan.
“Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini. Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih,” kata beberapa netizen.
Sumber: theklasik
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply